Tuesday, September 30, 2008

Masjid Jamek Lenggong: Di masjid pun pilih bulu?


Apakah jadahnya di masjid pun menayang-nayangkan status dan pangkat?

Inilah yang berlaku di Masjid Jamek Lenggong semalam ketika solat sunat tarrawih terakhir sedang bermula.

Di bahagian wanita seorang ahli Jemaah yang kurang upaya ditegur oleh seorang datin kononnya kehadirannya dengan kerusi di bahagian saf paling depan memecahkan saf.

Apakah jadahnya ni? Dimasjid-masjid lain, termasuk di Makkah, di mana yang boleh ahli jemaah kurang upaya dibantu dan diberi kemudahan. Bagaimanapun, di Masjid Jamek Lenggong ini lain kaedahnya.

Sikap si datin yang jelas berpemikiran parokial dan sempit itu menaikkan rasa kebencian beberapa ahli jemaah lain. Ini tak sepatutnya berlaku kerana masjid tempat beribadat.

Dengan khabar si datin ini selalu menegur jemaah lain tanpa sebab kerana kononya ingin menunjuk-nunjuk statusnya dipekan kecil ini...tapi kali ini dia bertemu buku dengan ruas apabila secara spontan simangsa menjawab balik dengan logik.

Maaflah datin, oi, zaman dah berubah...bukalah pemikiran sikit. Tak siapa mengambil pusing sama ada kita VIP ke atau datin ke semasa solat di masjid.

No comments: