Thursday, September 18, 2008

Kickdefella ditahan...


 

Blogger kontroversial, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang menulis dalam blognya, Kickdefella ditahan polis di Kota Baharu, Kelantan petang kelmarin.

Syed Azidi yang bertugas dengan kerajaan negeri Kelantan ditahan dirumahnya pada kira-kira pukul 5.

Blog Kickdefella mencetuskan kontroversi baru-baru ini selepas melancarkan kempen Internet supaya bendera Malaysia dikibarkan secara terbalik.

Kempen itu menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang menyifatkannya sebagai 'kurang ajar'.

Adalah difahamkan Sheikh Azidi tahan di bawah Akta Hasutan.

No comments: