Wednesday, September 10, 2008

Hak Melayu bukannya sesuatu yang ‘illegal’


 

Hak Melayu mesti dipertahan berasaskan kesahihannya dalam perlembagaan.

Tidak salah bagi orang Melayu berjuang untuk memastikan keutuhan hak yang sememangnya sah disisi undang-undang dan perlembagaan. Ia bukannya sesuatu yang 'illegal'.

Hak Melayu jangan dikelirukan dengan kepincangan segelintir pemimpin Melayu tetapi sebagai wadah kedaulatan diaspora bangsa di Tanah Melayu.

Janganlah kerana terlalu lemah kita dipengaruhi dan dihanyutkan pelbagai dakyah di atas label liberalisme dan kesaksamaan masyarakat lantaran kita membelakangkan bangsa dan agama sendiri.

Kepincangan segelintir peimpin walaupun dalam UMNO bukan bermakna seluruh bangsa Melayu perlu diheret bersama. UMNO sama seperti perkumpulan-perkumpulan manusia lain. Ia tidak akan sepi daripada dosa dan kelemahan. Kelemahan UMNO bermuhasabah dengan diri kini menjadi punca utama parti itu dan bangsa Melayu menjadi sasaran berbagai kecaman dan cemuhan.

Dah...kini kita akur akan kelemahan kita sendiri tetapi semangat kita masih kental kerana walaupun digugat dengan begitu hebat, UMNO dan bangsa Melayu semakin menyedari dan mengenali apa yang sebenarnya mencabar kesepaduan bangsa ini.

Buku UMNO dan bangsa Melayu terbuka untuk dibaca semua. Kita berani berhadapan dengan kesilapan dan kesalahan dan kita bangga dengan kekuatan itu.

TETAPI, di sebaliknya para pemimpin Pakatan Rakyat juga hanya manusia dan bukan malaikat. Mereka juga terdedah kepada keinginan, rasuah, rasa tamak, ego, kebanggaan, kronisme dan banyak lagi.

Apa yang berlaku sejak kebelakangan ini di Selangor dan Perak membuktikan kerapuhan topeng ketokohan dan 'kemuliaan' pemimpin PR.

Mengapa Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar enggan mengarahkan wakil-wakil rakyat PR di Selangor mengisytiharkan harta masing-masing? Apakah dia sengaja cuba menyembunyikan sesuatu? Dan jika benar, apakah gerangannya?

Dan sebagai penggubal dan pengurus dasar sosial dan masyarakat yang diberi mandat oleh rakyat, apakah pendirian mereka terhadap limpahan bar, pub, alkoholisme, dadah, sindiket pelacuran, kelab-kelab gay, gengsterisme dan lain-lain?

Dan juga baru kelmarin kita dikejutkan dengan satu lagi jenayah ganas di Shah Alam...apakah yang dilakukan oleh MB Selangor? Apa yang lakukan oleh Khalid Samad? Kenapa sepi belaka? Apakah PR hanya lebih cenderong bermain politik semata-mata? Apa dah jadi dengan komitmen anti-rasuah mereka?

6 negeri, termasuk Wilayah Persekutuan daripada 14 bukan bilangan yang kecil.


 

No comments: