Monday, September 15, 2008

Dia pemberita beretika?


Wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng yang dibebaskan dari tahanan hari ini menulis tentang pengalamannya selama 18 jam dalam tahanan.

Walaupun akur dilayan dengan baik dan bertamadun sepanjang waktu, dia berkata 'perjalanan kita masih penuh dengan cabaran dan halangan, oleh itu kita perlu meneruskan semangat kebenaran dan keberanian yang kita tunjukan selama ini! Masyarakat kita memerlukan semangat ini untuk membina hari esok yang lebih baik.'

Tan selanjutnya berharap Teresa Kok dan RPK dibebaskan dari ISA dan dibicarakan di mahkamah JIKA mereka melanggar undang-undang.

Persoalannya di sini: apakah Tan bercakap sebagai seorang individu atau pemberita 'berkecuali' yang hanya melaporkan berita?

Bagaimanapun, meneliti kata-katanya itu jelas ia menjurus kepada agenda lain dalam keperibadian dan personanya.

Memang wartawan tidak dapat lari daripada menyelitkan sedikit sebanyak pandangan berhubung ideologi dan sebagainya, tetapi apa pula dengan seorang 'tukang lapor berita?'

No comments: