Friday, September 5, 2008

Bangsa Malaysia akan kekal hanya sebagai konsep


 

Lim Kit Siang begitu taksub dengan agenda Bangsa Malaysianya.

Saya tidak pernah menyetujui ataupun mempercayai bahawa idea Bangsa Malaysia akan menjadi kenyataan. Ia satu konsep dan akan terus wujud hanya sebagai konsep.

Lihat saja di sekelililing kita...identiti Malaysia sebenarnya berlandaskan kepelbagaian bangsa dan budaya. Itulah keunikannya.

Membongkar akar yang menjalin identiti sesuatu bangsa untuk mewujudkan satu Bangsa Malaysia sebenarnya akan membinasakan identiti Malaysia itu sendiri.

Bukannya konsep Bangsa Malaysia itu tidak boleh menjadi kenyataan, tetapi apakah desakan dan permintaan kaum Cina dan India sebenarnya menjurus kepada matlamat ini?

Tidak...apa yang kita masih lihat ialah kewujudan sekolah-sekolah Tamil dan Cina yang berlabelkan 'SJK'. Selagi wujud benteng-benteng ini, selagi itulah konsep Bangsa Malaysia akan kekal sebagai hanya satu konsep.

Seperti mana orang Melayu ingin mempertahankan hak mereka yang digariskan dalam perlembagaan, seperti itu jugalah kaum-kaum lain perlu menghormati landas-landas yang telah ditetapkan.

Janganlah sekadar orang Melayu saja beriya-iya cuba memupuk imej perpaduan dan muhibah dengan slogan-slogan seperti 'Deeparaya' dan Kongsiraya' sementara kaum lain terus dengan tuntutan parokial mereka.

Bukalah mata demi keutuhan negara ini dan bertolak ansurlah secara memahami apa yang telah lama ditetapkan.


 

No comments: