Tuesday, August 26, 2008

Najib akur kekalahan BN di Permatang Pauh


Najib berkata, "Walaupun kita kalah, BN akan menunaikan janji terhadap penduduk Permatang Pauh."

Sambil mengucapkan tahniah kepada Anwar, Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata BN menghormati keputusan rakyat memilih Anwar sebagai anggota Parlimen kawasan itu.

"Seperti mana yang kita telah nyatakan dari awal lagi, bahawa kita akan hadapi laluan sukar dalam pertandingan ini," katanya.

Mengambil kira undi BN menurun sebanyak 1,426 undi berbanding pilihan raya umum lepas, Najib berkata, BN akan mengkaji kelemahan perikatan itu dan memperbaikinya.

"Kita bersedia buat perubahan yang perlu supaya dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN," katanya sambil menambah, walaupun PKR menang kerusi Parlimen itu, namun jumlah anggota Parlimen pembangkang tidak akan bertambah.

No comments: