Tuesday, August 26, 2008

Beristikharahlah untuk Permatang Pauh


Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abdidin berharap pengundi-pengundi di Permatang Pauh akan memilih calon yang "paling ringan mudarat" atau "membahayakan" agama dan negara, esok.

Katanya, "siapakah yang layak dipilih dalam keadaan begitu? Bagi saya pengundi yang matang hendaklah menilai manakah pihak yang paling ringan mudaratnya dibandingkan yang satu lagi."

Dr. Mohd Asri yanag juga seorang pemilih berdaftar di bahagian Parlimen Permatang Pauh berkata, pengundi-pengundi perlu menilai siapa yang paling kurang bahaya dibandingkan dengan yang lain untuk masa depan negara dan umat.

Jelasnya lagi, jika tidak pun memilih yang terbaik, sekurang-kurang pilihlah yang kurang mudarat antara semua.

"Setelah direnung dan ditenung, maka barulah seseorang pengundi muslim membuat keputusan yang diyakini paling menghampiri keredaan Allah.

"Undi ada nilai dosa dan pahala," katanya lagi.

Bagaimanapun tambah Dr. Asri, "barangkali memilih calon pada musim ini amat meragukan, maka beristikharahlah."

No comments: