Wednesday, July 23, 2008

Muzakarah: jangan lihat dari perspektif sempit


Shahrir Abdul Samad mengingatkan semua pihak tidak memandang muzakarah dari sudut pemahaman sempit.

Katanya tidak semestinya setiap perbincangan antara parti yang mewakili kaum yang sama hanya membincangkan isu perkauman.

Shahrir mengulas ini berikutan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa Pakatan Rakyat tidak berminat kepada perkara yang hanya menyentuh satu kaum sahaja.

Lim membuat kenyataan itu ketika diminta mengulas pendedahan muzakarah antara Umno dan PAS oleh Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Semalam Lim berkata sekiranya ada pertemuan antara DAP dengan MCA atau Gerakan, ia tidak akan hanya membincangkan isu kaum Cina sahaja tetapi lebih kepada isu bangsa Malaysia.

Untuk rekod, muzakarah antara Umno dan PAS telah diadakan sebanyak tiga kali bagi membincangkan beberapa isu berkaitan keagamaan dan orang Melayu.

Bagaimanapun, muzakarah itu diadakan tanpa disertai Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

No comments: