Wednesday, July 16, 2008

Kaedah Anwar : Kerajaan tanggung perbelanjaan lebih jika dilaksanakan


Kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan lebih jika menggunakan kaedah Anwar Ibrahim dalam menguruskan kenaikan harga minyak di negara ini.

Perbelanjaan berlebihan itu akan membebankan lagi rakyat dan boleh menyebabkan penangguhan beberapa projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.

Malam tadi semasa berdebat dengan Shabery Cheek, Anwar berkata harga bahan api boleh diturunkan 50 sen seliter jika Pakatan Rakyat memerintah menerusi formula RM5 bilion digunakan bagi menampung penurunan harga minyak.

Menurut Anwar wang itu boleh diperolehi melaluii penjimatan perbelanjaan kerajaan termasuk mengatasi masalah kebocoran dan ketirisan dan mengurangkan 'standby' kapasiti pengeluaran tenaga daripada 40 peratus kepada 20 peratus oleh pengeluar tenaga bebas (IPP).

Jika dilaksanakan formula Anwar itu kerajaan mahu tidak mahu terpaksa mengeluarkan pampasan kepada IPP. Ini kerana ia melanggar perjanjian jika 'standby' kapasiti pengeluaran tenaga itu diturunkan.

Sememangnya penurunan harga itu boleh dilakukan, tetapi hakikatnya kerajaan terpaksa mengorbankan perkembangan sektor-sektor lain bagi mendapatkan wang subsidi yang lebih. Ini nyata akan mencerminkan pengurusan ekonomi yang tidak efisyen.

Kesan tindakan itu akan menyebabkan pelabur asing menjauhkan diri kerana kadar kapasiti 'standby' terlalu rendah.

No comments: