Wednesday, July 30, 2008

Karpal tidak senang...macam terkedu...


Karpal Singh tidak mahu komen berhubung kenyataan komen Nik Aziz.

Semalam Nik Aziz meminta Karpal menghormati hasrat PAS mengadakan muqabalah dengan Umno.

Ahad lalu, Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor meminta Pakatan Rakyat mengkaji semula kedudukan PAS sebagai ahli dalam pakatan yang dibentuk selepas menawan lima negeri pada PRU 12 lalu. Dia menyelar langkah PAS berunding dengan UMNO "atas nama perpaduan Melayu" dan menyifatkan langkah yang dianggap bersifat perkauman itu tidak sejajar dengan dasar DAP dan Pakatan Rakyat.


 

Tuesday, July 29, 2008

Penyatuan Melayu lebih penting daripada segala-galanya


Mengapa agenda penyatuan Melayu lebih penting daripada segala-galanya. Lebih penting daripada UMNO dan lebih penting daripada PAS.

Perpaduan Melayu pada hemat saya adalah titik di mana bermulanya pelbagai agenda, sama ada yang positif atau negatif. Ia positif apabila diambil kira betapa peradaban dan keluhuran Melayu membuka ruang kepada manifestasi sebenar negara Malaysia melalui penerimaan kaum lain, kesudian berkongsi ekonomi dan hak dalam konteks persejagatan pada perjanjian (sama ada ada tertulis atau lisan) yang diperturun, lantaran dipersetujui semua masyarakat.

Melayu tidak pernah berasa dengki atau tidak senang dengan kemajauan yang dicapai masyarakat lain. Walaupun ada wujud elemen-elemen negatif ini, ia sebenarnya merupakan sikap individu dan kelompok manusia yang dianggotainya. Kebencian, perasaan iri hati dan diskriminasi bukan karekter Melayu sebenar, apatah lagi Melayu yang beriman kuat dengan rukun Islam.

Selagi Melayu berpegang kuat kepada tuntutan agama, bangsa yang telah berkurun menerima kedatangan kaum lain ke bumi tercinta ini dan membantu mereka mendirikan kampung halaman, negara Malaysia tidak mungkin mudah digugat kekocohan.

Tetapi, kini Melayu menjadi mangsa sikap sendiri. Bukan bangsa Melayu yang salah, tetapi nafsu tamak yang tidak dapat dibendung telah menanam bibit-bibit kehancuran. Ia menjadi lebih buruk apabila identiti Melayu sebenar tidak dipertahankan, dan sebaliknya generasi-generasi kebelakangan ini begitu mudah menerima segala apa yang disogokkan pada minda mereka. Segala apa yang diperhatikan kini dianalisa dan ditafsir berdasarkan logik barat sementara apa yang terhukum dalam ajaran agama dibandingkan dengan logik manusia yang singkat. Dan daripada saat itu maka beransur runtuhlah perpaduan ummah dan Melayu.

Tiada salahnya bagi orang Melayu bersatu. Ia tidak ada kena mengena dengan tanggapan perseteruan, polarisasi atau sebarang agenda tersembunyi.

Hairan mengapa kaum lain perlu menggelabah dengan apa yang dilakukan oleh orang Melayu demi perpaduan sendiri...

Thursday, July 24, 2008

Penyataan Rice jelas membuktikan campur-tangan




Sehari selepas Syed Hamid mengadakan taklimat untuk wakil-wakil negara asing bagi menerangkan kedudukan sebenar tuduhan liwat ke atas Anwar, Amerika Syarikat hari ini, menerusi Setiausaha Negara Condoleeza Rice, tidak teragak-agak menggesa Malaysia supaya telus dan patuh kepada undang-undang dalam hal tersebut selain membayangkan ketidakpercayaan terhadap keterangan rasmi yang diberikan oleh Syed Hamid kelmarin.

Jika dulu Al Gore di KL, kini Rice di Singapura pula.

Jelas hubungan Anwar dengan Amerika begitu intim hinggakan negara balaci rejim zionist itu seolah-olah melihatnya sebagai 'pejuang' penting bagi agenda liberalisme di rantau ini. Jika sebelum ini gesaan dan teguran datang daripada ahli-ahli jawatankuasa kecil kongres, penyataan Rice boleh dianggap pendirian rasmi Amerika, justeru mensahihkan 'pencerobohan' dan campur-tangan mereka ke atas negara seperti Malaysia.

Di hari-hari akan datang mungkin muncul lain-lain negara 'sekutu' Anwar, seperti Turki mengikuti jejak Amerika

Wednesday, July 23, 2008

Muqabalah dan bukan Muzakarah


Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata PAS sememangnya berminat mengadakan pertemuan dan bersemuka dengan pemimpin UMNO bagi membincangkan mengenai masa depan umat Islam.

Bagaimanapun, Nik Aziz Nik berkata berkata perbincangan itu perlu diadakan secara bersemuka berbentuk "muqabalah" dan bukannya dalam bentuk perdebatan yang dinamakan muzakarah seperti diminta UMNO.

PAS Lenggong buka pejabat di pekan Lenggong


PAS Lenggong akan membuka pejabat di tengah pekan Lenggong.

Rasionalnya: untuk menawarkan khidmat lebih efektif kepada pendududk.

Nampaknya akan lebih sakan saingan di antara pusat khidmat Ahli Parlimen, ADUN Lenggong dan pembangkang di pekan yang setelah sekian lama dianggap konservatif di segi politik ini...

Muzakarah: jangan lihat dari perspektif sempit


Shahrir Abdul Samad mengingatkan semua pihak tidak memandang muzakarah dari sudut pemahaman sempit.

Katanya tidak semestinya setiap perbincangan antara parti yang mewakili kaum yang sama hanya membincangkan isu perkauman.

Shahrir mengulas ini berikutan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa Pakatan Rakyat tidak berminat kepada perkara yang hanya menyentuh satu kaum sahaja.

Lim membuat kenyataan itu ketika diminta mengulas pendedahan muzakarah antara Umno dan PAS oleh Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Semalam Lim berkata sekiranya ada pertemuan antara DAP dengan MCA atau Gerakan, ia tidak akan hanya membincangkan isu kaum Cina sahaja tetapi lebih kepada isu bangsa Malaysia.

Untuk rekod, muzakarah antara Umno dan PAS telah diadakan sebanyak tiga kali bagi membincangkan beberapa isu berkaitan keagamaan dan orang Melayu.

Bagaimanapun, muzakarah itu diadakan tanpa disertai Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Muzakarah PAS-UMNO dikecundangkan...kenapa?


(Terkini) Khalid Abdul Samad, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, salah seorang daripada tiga pemimpin yang mengambil bahagian dalam pertemuan dengan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam proses muzakarah kedua-dua parti itu tidak mahu dialog seumpama diteruskan dan perlu dihentikan segera.

Friday, July 18, 2008

Bekas peguam Razak Baginda akan beri keterangan polis berhubung kes Balasubramaniam


Masih ingat M.Puravelan, peguam pertama yang mewakili Abdul Razak Baginda dalam kes pembunuhan Altantuya Shariiibu?

Peguam berjambang badan sasa yang juga seorang pakar seni mempertahankan diri Aikido itu hari ini dipanggil untuk soal-siasat polis berhubung akuan bersumpah P.Balasubramaniam.

Soal-siasat tersebut sebahagian daripada penyiasatan polis berhubung akuan bersumpah Balasubramaniam di mana dia mendakwa Abdul Razak memberitahunya bahawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengenali Altantuya dan pernah mengadakan hubungan sulit dengannya.

Bagaimanapun, Balasubramaniam menarik-balik akuan bersumpah berkenaan sehari kemudian sebelum menghilangkan diri. Polis telah memperolehi satu lagi akuan bersumpah daripada Balasubramaniam di mana dia menyatakan akuan bersumpahnya terdahulu, yang disiarkan secara awam oleh Anwar Ibrahim dibuat secara tertekan.

Puravalen diambil sebagai peguam oleh keluarga Abdul Razak bagi mewakilinya selepas ditangkap pada lewat 2006. Peguam tersebut, bagaimanapun, kemudian menarik diri dan digantikan dengan K.K.Wong.


 

Wednesday, July 16, 2008

Kaedah Anwar : Kerajaan tanggung perbelanjaan lebih jika dilaksanakan


Kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan lebih jika menggunakan kaedah Anwar Ibrahim dalam menguruskan kenaikan harga minyak di negara ini.

Perbelanjaan berlebihan itu akan membebankan lagi rakyat dan boleh menyebabkan penangguhan beberapa projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.

Malam tadi semasa berdebat dengan Shabery Cheek, Anwar berkata harga bahan api boleh diturunkan 50 sen seliter jika Pakatan Rakyat memerintah menerusi formula RM5 bilion digunakan bagi menampung penurunan harga minyak.

Menurut Anwar wang itu boleh diperolehi melaluii penjimatan perbelanjaan kerajaan termasuk mengatasi masalah kebocoran dan ketirisan dan mengurangkan 'standby' kapasiti pengeluaran tenaga daripada 40 peratus kepada 20 peratus oleh pengeluar tenaga bebas (IPP).

Jika dilaksanakan formula Anwar itu kerajaan mahu tidak mahu terpaksa mengeluarkan pampasan kepada IPP. Ini kerana ia melanggar perjanjian jika 'standby' kapasiti pengeluaran tenaga itu diturunkan.

Sememangnya penurunan harga itu boleh dilakukan, tetapi hakikatnya kerajaan terpaksa mengorbankan perkembangan sektor-sektor lain bagi mendapatkan wang subsidi yang lebih. Ini nyata akan mencerminkan pengurusan ekonomi yang tidak efisyen.

Kesan tindakan itu akan menyebabkan pelabur asing menjauhkan diri kerana kadar kapasiti 'standby' terlalu rendah.

Kehebatan berpidato tidak bererti kepimpinan yang bijak




"Sejurus selepas dibebaskan dari penjara, Hitler bertindak merampas kuasa secara berperlembagaan, bukan kekerasan...dengan menggunakan sepenuhnya kecekapan berpidato berteraskan demagogi..."

Di sini kita dapat perhatikan bahawa mereka yang hebat berpidato tidak semestinya akan menjadi pemimpin yang waras, berhemah dan adil.

Kehebatan mereka sebenarnya disebabkan kecekapan berpidato – kemahiran yang seringkali disalahgunakan untuk meraih sokongan buta rakyat bagi kepentingan tamak mereka.


Are great orators always right?




"Once released from prison, Hitler decided to seize power constitutionally rather than by force of arms. Using demagogic oratory."

Well, great orators need not necessarilly turn out to be wise leaders.

Their greatness resides in the power of their oratory skills, which often times can convince the gullible masses to rally in support of their evil deeds.

Impian Anwar menurunkan harga minyak membelakangi realiti...


Anwar Ibrahim malam tadi gagal mempertahankan skima khusus secara logik berhubung bagaimana dia dapat menurunkan harga runcit petrol sekiranya mengambilalih tampuk pemerintahan negara.

Ketua de facto PKR itu setakat mengulangi janji manis kosong dan  rhetorik dalam bentuk kenyataan 'populist' (orang yang mencari perhatian dengan popularisme) semata-mata dengan menjanjikan RM5 bilion subsidi boleh diberi daripada pelaksanaan semula perjanjian pembelian tenaga dengan pembekal tenaga bebas (IPP). Dengan RM 5 bilion ini dia menjanjikan pengurangan serta merta RM 0.50 seliter harga runcit petrol daripada RM 2.70 sekarang ini.

Setakat disedari ramai, Kerajaan membelanjakan subsidi hampir RM50 bilion untuk mengekalkan subisidi pada RM 1.20 seliter untuk harga runcit petrol. RM5 bilion sepatutnya memberi kesan sebanyak 12 sen seliter harga runcit pasaran dan bukan 50 sen sebagaimana dijanjikan secara bersahaja oleh Anwar.

Anwar mendakwa berlaku ketirisan dan kebocoran ketara dalam perjanjian pembelian tenaga. Ia kononnya memihak kepada pembekal tenaga bebas (IPP) yang mengaut keuntungan berbilion.

Anwar sengaja memanipulasikan fakta berhubung statusnya sebagai Menteri Kewangan ketika kebanyakan perjanjian itu ditandatangani. Dan dengan status itu juga dia mempunyai kuasa veto untuk menentukan supaya perjanjian yang membebankan TNB tidak terlaksana.

Mungkin Anwar juga mempercayai rakyat Malaysia akan melupakan keududukan syarikat-syarikat pembekal tenaga bebas seperti Kumpulan MRCB (Malakoff dan Segari) yang dimiliki 'kroninya' semasa memegang jawatan Menteri Kewangan. Selain itu dia mempunyai hubungan baik dengan syarikat Genting dan Arab-Malaysian, yang masing-masing juga pembekal tenaga bebas yang aktif.

Menteri Penerangan Dato' Ahmad Shabery Cheek berjaya memberi gambaran baik mengenai kemampuan Anwar membuat keputusan strategik dalam soal ekonomi dengan memberikan contoh preskripsi IMF semasa krisis ekonomi dan kewangan 1997-8, yang sememangnya memberi kesan buruk kepada banyak syarikat dan industri, samada IKS maupun gergasi.

Memperjudikan ekonomi negara dengan menjanjikan subsidi yang tidak mungkin dapat ditampung dalam jangkamasa panjang tidak boleh diterima. Ini kerana sistem penentuan harga pasaran minyak mentah bukan boleh dikawal oleh Kerajaan Malaysia. Barangkali Anwar sebenarnya mempunyai kefahaman amat lemah mengenai sistem harga runcit petrol dan kos sebenar saringan dan penyediaan petrol, termasuk kos penghantaran dan pemasaran yang tinggi. Anwar juga gagal menjelaskan perjanjian pengeluaran minyak mentah yang rata-rata dikuasai kontraktor asal industri minyak Malaysia. Petronas, yang ditubuhkan 1974, hanya mula bergiat mencarigali minyak dengan usaha sendiri 10 tahun kemudian. Ini lebih kurang 80 tahun terlewat berbanding Shell, di Sarawak.

Melemparkan sesuatu yang didambakan rakyat dengan harapan mengunung adalah cara biasa Anwar meraih sokongan. Subsidi yang Anwar janjikan lambat laun akan membebankan Kerajaan dan sebagaimana Shabery mempersoalkan, apakah wajar Malaysia berhutang untuk mengekalkan subsidi yang Anwar janjikan tatkala harga pasaran minyak mentah semakin naik, terutama akibat angkara para penyangak pasaran hadapan?

Anwar, dengan kemahiran berpidato hebat mudah mengaburi pemikiran pendengar. Strategi ini mungkin berjaya memberikan rakyat Malaysia gambaran bahawa Malaysia pengeluar minyak yang penting di dunia. Malangnya, dengan kemampuan pengeluaran minyak 700 ribu tong sehari, kedudukan Malaysia sebagai pengeluar bersih (net producer) hanyalah 1.2% daripada keperluan dunia. Memang ada betul bekalan minyak sekitar perairan negara semakin pupus. Ini kerana Malaysia telahpun menjalankan kerja-kerja cari gali sejak hampir lebih seabad (jauh lebih awal daripada negara seperti Arab Saudi dan Kuwait, pengeluar paling utama dunia) lalu. Anwar juga gagal menjelaskan bahawa Malaysia lebih bergantung kepada  pendapatan daripada hasil pengeluaran gas asli dan subsidi yang diberikan untuk bahan bakar ini sebenarnya hampir RM 2.00 seliter.

Dakwaan dia akan berjaya menurunkan harga runcit petrol sebagai strategi ekonomi sebenarnya modal dicanangnya sejak sebelum Pilihanraya Umum ke 12, ketika harga pasaran minyak mentah tidak setinggi hari ini.

Dipadankan daripada blog Big Dog

Monday, July 7, 2008

Aussie PM refuses to meet Anwar


From The Australian

Australian Prime Minister Kevin Rudd has avoided a diplomatic row with Malaysia by deciding not to meet the de facto leader of the opposition, former jailed Deputy Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, whose career risks being derailed a second time by sodomy allegations.

Rudd opted to stand by existing Malaysian and Australian government protocols and not meet Anwar or the leader of the opposition, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, when he arrives in Kuala Lumpur on Thursday on his first visit as prime minister.

Anwar masih belum memutuskan untuk bermuhabalah...


Dipetik dari blog Another Brick in the Wall


Sepuloh tahun dulu, Anwar enggan membuat bermubahalah kerana menganggap dirinya teraniaya. Katanya, doa orang teraniaya dikabulkan tuhan. Malam tadi Anwar berdalih lagi tidak mahu Mubahalah.

Dia menyatakan keengganannya semasa berucap pada perhimpunan 'Protes Sampai Turun Harga Minyak 2008' di Stadium MBPJ di Kelana Jaya Ahad malam. Dengan stail biasa "menjual nama", Anwar berkata dia dinasihat oleh ulama-ulama di dalam dan luar negara.m
Jika dahulu, jawapan dia masih menunjukkan kepercayaan kepada amalan Mubahalah, adakah kali ini dia sudah tidak percaya? Adakah kerana kali ini dia sedang memainkan pelbagai sandiwara konspirasi, maka skrip konspirasi teraniaya tidak boleh digunakan lagi?

Alasan yang diguna Anwar hanya mengambil peluang dari perbezaan pendapat ulama. Namun, adakah benar Mufti Perak, Dato Harussani Zakaria dan bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahaya berkata demikian?

Mengikut laporan, Dato Harussani hanya katakan lakukan Mubahalah jika tidak ada bukti zahir.

Dengan memutarbelitkan kenyataan Dato Harussani berkenaan bukti zahir, Anwar mula menggunakan alasan keperluan empat saksi dalam mahkamah syariah.

Padahal mahkamah syariah tidak ada peruntukkan dalam kes-kes jenayah dan penggunaan bukti DNA masih belum jelas dalam perundangan Islam.

Perbezaan ulama membawa rahmat kerana ia memberi pilihan untuk mencari satu penyelesaian yang sesuai kepada suasana dan situasi. Dalam konteks ini, kepentingan masyarakat harus mendahului keegoaan peribadi.

Apa salah Anwar dan Saiful lakukan Mubahalah sebagai jalan untuk membawa keamanan dan ketenteraman masyarakat? Apa salah usahakan sesuatu yang meredakan kegelisahan, kekeliruaan dan perselisihan pendapat orang ramai?

Berani kerana benar, takut kerana salah.

Saturday, July 5, 2008

Liwat : Mufti Perak juga meminta Anwar bersumpah...


Selepas Mufti Perlis, Mufti Perak, Datuk Seri Dr. Harussani Zakaria juga berpendapat Anwar Ibrahim perlu bermuhabalah (bersumpah) berhubung tuduhan meliwat pembantu khasnya Mohd Saiful Bukhari Azlan jika tidak dapat membuktikan di mahkamah.

Harussani berkata demikian hari ini sebagai mengulas saranan Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abdin semalam.

Katanya lagi, "Setiap keterangan yang diberi perlu dibuktikan. Jika tiada keterangan untuk dijawab, barulah dia (Anwar) perlu bersumpah."

Semalam, Asri menggesa Anwar yang dituduh meliwat kali kedua dan pembantu khasnya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan supaya bermubahalah' atau bersumpah.

Katanya, "Kedua-dua pihak (Anwar dan Saiful) hendaklah bersumpah. Kalau tidak puas hati lagi, bermubahalah seperti ini... 'Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya laknat Allah kepada saya' dan hendaklah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi... saya tidak melakukannya."

Harussani menganggap isu liwat ini timbul disebabkan pertelingkahan antara dua parti politik yang berlaku sekarang.

Shabery Cheek cabar Anwar bersemuka dalam debat


"Mari bersemuka, biar rakyat mengadili."

Itulah cabaran yang dilemparkan Ahmad Shabery Cheek kepada Anwar Ibrahim. Dia menggesa digunakan forum debat mereka pada 15 Julai ini dengan sebaik-baiknya untuk menyampaikan pendapat dan pandangan mengenai isu minyak.

Katanya, debat platform lebih bertamadun untuk menyuarakan pandangan pada masakini berbanding platform jalanan.

Oleh itu, katanya, Anwar harus mengambil kesempatan daripada kesediaannya untuk berdebat mengenai isu minyak supaya rakyat dapat menilai perkara itu.

Ahmad Shabery berkata Anwar tidak perlu menggunakan platform jalanan seperti mengadakan perhimpunan untuk menyuarakan pandangan mengenai isu minyak itu.

"Perhimpunan tidak perlu, hendak mengumpul rakyat. Ini kaedah lama Anwar, dia kena ingat dia bukan lagi pemimpin pelajar," katanya.

Mengenai janji Anwar untuk menurunkan harga minyak jika Pakatan Rakyat memerintah, Ahmad Shabery menyifatkan kenyataan itu sebagai "kata-kata kosong" yang bertujuan memancing sokongan rakyat.

Ahmad Shabery juga berkata janji Anwar mungkin boleh menyebabkan negara tunduk kepada kuasa asing kerana terpaksa berhutang. "Apakah sekali lagi kita hendak meletakkan negara kita kepada cengkaman IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) yang pernah Anwar cuba guna kaedah itu semasa menjadi Menteri Kewangan dahulu. Saya harap rakyat tidak terpedaya dengan agenda peribadi Anwar," katanya.

Tambahnya lagi, untuk menjadi pemimpin negara, terdapat saluran yang boleh digunakan oleh pemimpin untuk menyuarakan pandangan iaitu melalui pilihan raya, Parlimen dan juga media. Kalau hendak jadi pemimpin kena menyuarakan pandangan dengan lebih bertamadun. Bukan ajak orang ke jalan raya.

Satu perhimpunan Protes Sejuta Rakyat dijadualkan berlangsung Ahad esok di Stadium Kelana Jaya untuk membantah kenaikan harga minyak.

Ahmad Shabery meminta rakyat agar tidak diperalatkan oleh Anwar yang kini tersepit dengan "masalah peribadi" dengan menyertai perhimpunan itu.

"Baru-baru ini sibuk kata keselamatan terancam, hingga masuk Kedutaan Turki, kenapa sekarang hendak mengajak orang kepada keadaan yang boleh mengancam kehidupan rakyat, langkah dan tindakan yang boleh ancam kestabilan dan keselamatan negara," kata Ahmad Shabery lagi.nya.

Thursday, July 3, 2008

Golf is dangerous for YOU!


The Washington Post today reports that Tiger Woods will be conspicuous in his absence from this week's field and from the remainder of this season's PGA Tour schedule, but Woods's health issues have substantiated an often snidely dismissed truth: Swinging a golf club can be dangerous.



With powerful swings generating significant stress and torque on various body parts, many elite golfers often suffer from a wide variety of ailments -- from sore hands and feet to achy wrists and tender elbows, wounded knees to balky backs. Everyone who plays the game knows how to spell ibuprofen, and they all have personal trainers, therapists, chiropractors and orthopedic specialists listed on speed dial.

"We just beat up our bodies," Jack Nicklaus said recently. "It's why I gave up golf."

Kekalutan menangani isu remeh menyebabkan tanggung-jawab ‘diketepikan...’


Dalam kesibukan isu dakwaan liwat yang mendorong pelbagai mulut celupar bersubahat menjatuhkan aib individu-individu yang akhirnya pasti akan bertemu Maha Esa untuk diadili, ramai yang tidak menyedari kenyataan Ketua Pemuda MCA Datuk Liow Tiong Lai yang menuding jari kepada kelemahan serta sikap sombong dan bongkak UMNO semasa pilihan raya umum ke 12 sebagai punca MCA kalah teruk.

Liow yang mahukan MCA segera menilai cara pemikiran supaya menjadi lebih relevan dalam lanskap politik yang berubah-rubah kini seterusnya berkata UMNO dan MIC juga perlu berbuat demikian demi untuk meneruskan perjuangan BN sebagai gabungan parti yang dominan.

Liow berkata memandangkan UMNO dan MIC terus dipimpin oleh orang yang sama membayangkan proses perubahan yang digesanya itu akan mengambil masa yang lebih lama atau mungkin tidak akan berlaku langsung.

Ketua Pemuda MCA itu melahirkan kebimbangan kerana dikala perhatian tertumpu kepada pelbagai isu-isu yang menyimpang, Anwar dan Raja Petra diberikan fokus maksimum oleh suratkahabr dan TV.


Gelagat Anwar Ibrahim di Amerika Syarikat...




Anwar Ibrahim memeriksa perbarisan pengormatan tentera semasa lawatan ke Amerika Syarikat beberapa tahun lalu...

Mufti Perlis kepada Anwar & Saiful: ‘bersumpahlah!’


Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin menggesa  Anwar Ibrahim yang kini kali kedua berhadapan dengan isu dakwaan meliwat dan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan supaya 'mubahalah' (bersumpah).

"Daripada bertengkar tidak tentu arah, saya syorkan mubahalah agar dapat menyelesaikan kekalutan isu liwat ini. Disebabkan isu yang semakin kalut ini, rakyat menjadi celaru," katanya dalam Kuliah Hadith lewat malam semalam di Masjid Alwi, Kangar Perlis.

(Rakaman ucapan Mufti Perlis boleh diakses di laman web beliau di sini ).

Asri menjelaskan: "Kita tidak tahu siapa sebenarnya yang berbohong. Dia kata dia, ada kata orang ni. Ada kata konspirasi, niat jahat sampai rakyat berkelahi dan bertumbuk. Macam-macam cerita kita dengar.

Di sebalik isu berkenaan, Asri berkata, dia kecewa kerana politik tanah air kini menjurus ke arah tindakan mengaibkan satu sama lain.

"Dalam Islam, pada asalnya tidak boleh buka aib orang, cerita peribadi orang tidak boleh dedah pada orang lain. Tapi dalam politik Malaysia sekarang, main lawan dedah aib. Dua kali lima, lima kali dua. Semua dok pakat bongkar hal orang," katanya lagi.

Tambah Asri, dia tidak berhasrat membela sesiapa dalam isu liwat tersebut. 

"Saya tak nak bela sesiapa. Yang untungnya, surat khabar laku. Asalnya memang perkara peribadi macam ini tidak boleh dedah," katanya.

"Ada orang kata kena kemukakan empat orang saksi. Saya tidak setuju sebab budak (Saiful) ini mendakwa diri dia sendiri (seorang diri), bukan orang lain. 

"Pihak yang mendakwa (Saiful) hendaklah mendatangkan bai'nah (bukti). Sila bersumpah pada orang yang dituduh yang dia tidak melakukannya.

"Kedua-dua pihak (Anwar dan Saiful) hendaklah bersumpah. Kalau tidak puas hati lagi, bermubahalah seperti ini... 'Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya laknat Allah kepada saya' dan hendaklah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi... saya tidak melakukannya," katanya.

Selepas bersumpah, kata Asri, kedua-dua pihak dan semua orang kena senyap dan tidak perlu memberikan sebarang ulasan lanjut. 

"Ini benda peribadi tapi sudah jadi urusan rakyat. Serahkan pada Allah kerana ini urusan Allah," kata Asri.

Kata Asri, politik pada asalnya ialah satu tanggungjawab khilafah yakni memakmurkan dunia dan khalifah yang dilantik mesti menegakkan agama dan menguruskan dunia.

"Tapi sekarang politik sudah jadi lawan tuduh dan lawan dedah. Gelanggang yang kotor. Tokoh Turki Badiuzzaman Said Nursi pernah berkata 'Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan dan politik'," ujar beliau.

Katanya, tokoh agama Rasyid Ridha pula pernah berkata, "Aku berlindung dengan Allah daripada politik dan apa sahaja terbitan politik".

Asri turut merujuk pertama kali mubahalah dilakukan dalam satu peristiwa pada zaman Nabi apabila puak Kristian di Najran mempertikaikan kebenaran Nabi. 

"Nabi telah membawa Hussin, Hassan dan Fatimah dan mencabar puak Kristian di Najran untuk bermubahalah iaitu laknat-melaknati atas nama Tuhan tapi puak Kristian Najran tidak berani...," katanya.

Seperti yang terkandung dalam Ayat 59-61, Surah Ali-Imran di mana antara lain, Allah berfirman,"Kebenaran itu dari Tuhanmu. Jangan kamu termasuk dalam golongan mereka yang ragu. Setelah datang kepada engkau keterangan dan ilmu. Katakanlah pada mereka semua..."  

Katanya lagi, ulamak Al Abbas pernah melakukan mubahalah, begitu juga Ibnu Hajar Al-Asqalani (penyusun kitab Bulughul Maram) pernah mencabar pendapat kesesatan ahli sufi Ibnu Arabi dengan mubahalah apabila pertengkaran mereka melarat sampai ke pengetahuan Sultan.

"Ketika itu, Ibnu Hajar dan Ibnu Arabi bermubahalah di mana dia berkata kalau Ibnu Hajar berada di atas petunjuk Allah, Allah akan laknat aku dan begitu juga jika dia berada di atas kesesatan Allah."

Kata Asri, mubahalah itu dilakukan pada bulan Ramadan. Bila tiba bulan Zulkaedah, bapa saudara Ibnu Arabi buta mata dan mati. 

Najib: akuan bersumpah pembohongan, fitnah


Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan dakwaan kononnya beliau mengenali dan berjumpa Altantuya Shaariibuu seperti terkandung dalam akuan bersumpah penyiasat persendirian P. Balasubramaniam pembohongan yang amat dashyat.

Menegaskan tuduhan itu rekaan semata-mata, berniat jahat, berunsur fitnah dan bertujuan mencemar imejnya, Timbalan Perdana Menteri sekali lagi menegaskan beliau tidak pernah mengenali atau berjumpa dengan Altantuya.

Najib berkata apa yang penting sekarang ialah rakyat mahu tahu sama ada perkara kes liwat yang dihadapi oleh Penasihat PKR itu benar berlaku atau sebaliknya.

Berhubung akuan bersumpah itu, Najib berkata oleh kerana akuan itu sub judis dengan kenyataan di mahkamah dan juga dengan laporan Balasundramaniam kepada polis, maka beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat sepenuhnya perkara itu.

Ditanya adakah beliau akan membuat laporan polis terhadap Balasundramaniam atau mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu, Najib berkata, beliau menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan.

Mengenai sama ada beliau menyifatkan pendedahan itu serangan peribadi daripada Anwar, Najib berkata: "Soalnya mengapa ia berlaku sekarang setelah kes liwat itu timbul, tiba-tiba semua pihak diserang, Ketua Polis Negara (Tan Sri Musa Hassan) diserang, Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail), saya diserang, kenapa sekarang".
"Ini persoalannya, jadi kita tidak boleh alih daripada isu utama, iaitu sama ada kes liwat itu berlaku atau tidak... ini yang kita hendak tahu," katanya.

Anwar semalam membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor terhadap Musa dan Abdul Gani, mendakwa kedua-duanya menyembunyikan fakta dan memalsukan maklumat dalam kes membabitkan serangan fizikal terhadap Anwar oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor pada 20 Sept 1998.

Laporan itu dibuat susulan laporan polis oleh pembantu Anwar Khamis lepas, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, di Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpuri yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar di sebuah kondominium di Bukit Damansara.

Ditanya mengapa beliau merasakan Anwar sengaja menyerang peribadinya dengan menggunakan kes tersebut, Najib berkata beliau tidak pasti.

Balasubramaniam yang turut dipanggil memberikan keterangan dalam perbicaraan kes bunuh Altantuya, hari ini turut mengedarkan kepada media salinan akuan bersumpah itu dan memberikan beberapa butiran maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara Altantuya dan Najib.

Penyiasat persendirian itu berbuat demikian pada sidang media bersama Anwar di ibu pejabat PKR Petaling Jaya.