Friday, May 30, 2008

Makin ramai orang PKR akan menyertai UMNO...


Apakah kemasukan semakin ramai orang PKR didorong sokongan terhadap agenda proaktif Pak Lah atau sebaliknya?

Dengan khabar sejak kebelakangan ini pergeseran berlaku dalam angkata muda PKR dan ini yang mencetuskan hasrat di antara ramai ahli untuk memasuki UMNO.

Sudah tentu kemasukan mereka ke dalam UMNO tidak berani diisytiharkan sebagai bermotifkan hasrat 'mengambil-alih' kedudukan penting dalam parti itu, terutama Pergerakan Pemuda UMNO yang dikatakan semakin kecoh kepemimpinannya.

Anggota muda PKR ini mensasarkan pemuda UMNO kerana 'perjuangan' mereka yang kini menjadi laungan pertempuran yang begitu menyakinkan penyokong terhadap Pakatan Rakyat semasa pilihanaraya lalu.

Apakah tidak disedari agenda ini? Ia seolah-olah 'orang mengantuk disorong bantal.'

Terbaru terdengar berita ramai lagi pemimpin Angkata Pemuda PKR Selangor dijangka mengikut jejak Mohamad Ezam Mohd Nor menyertai Umno.

Sehingga semalam lapan orang termasuk Ezam telah mengemukakan hasrat mereka.

Bekas Setiausaha PKR Selangor Nazmi Rosli berkata beberapa pemimpin Pemuda negeri itu serta beberapa pemimpin bahagian berjumpa dengannya dan Ezam kononya mengadu rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan parti itu.

Kelmarin Nazmi menyuarakan hasrat menyertai Umno bersama Ezam dan enam yang lain termasuk Anuar Shaari, bekas setiausaha sulit kepada Anwar Ibrahim dan bekas Exco PKR, Khairul Anuar Ramli.



Anwar will NOT be PM says PKR


Despite all the speculation and the on going turmoil in UMNO, the road to the PM's office still ha a number of obstacles for Anwar Ibrahim.  The biggest obstacle is that public perception of him is quite divided.

There are those who say Anwar is no different and will be no different from the UMNO boys of today - after all he was a master at the game as he rose up the ranks in UMNO.

Then there are those who say prison does change a man and they quote Ghandi and Mandela as examples… Unfortunately in the case of GHANDI and Mandela, prison did not change them but further strengthened their resolve  to see independence, liberation and for Mandela the abolishment of apartheid.  

In my view, prison has only strengthened Anwar Ibrahim's resolve.  Resolve about what? Resolve to proof that Tun Mahathir was a despot perpetrating cronyism and nepotism.  Whilst I think Anwar has got good leadership qualities, I don't think he will use those qualities for the benefit of the nation but for the benefit of installing his view or concept of how UMNO and BN should be run.

There is just too much "sandiwara" or posturing going on to make the him a trustable and believable candidate, not withstanding that he is an astute and respected politicians.    I think Anwar's prime and only concern is about himself becoming PM and he will use what ever means it takes to achieve that objective, but it does mean that to achieve that he will have to be the president of UMNO.

Just like Mahathir, for Anwar the ends do truly justify the means.

The political and ideological concessions that DAP and PAS will have to make in order to fit into a unified PKR platform are simply too big. The fact that we are not seeing any public discussion of how this loose "PKR coalition" is going to come together under a single party symbol is telling enough. Right now the binding factor between PKR, DAP, and PAS is the common goal of weakening Barisan's hold - which they have done very well.  

But the party lines are still drawn with strong racial undertones… and if PKR's promise is for a unified Bangsa Malaysia - the the three parties really need to be talking about it now, in public. What does Bangsa Malaysia mean in terms of a national agenda and what is the policy framework for it.  It is easy for Anwar to criticise about what is currently wrong with the government and it is easy for him to paint a picture of what an ideal future can look like, but the challenge will be in the details and for that - we have heard nothing.

At the state level, PAS with Kelantan and Kedah under its belt will seek to consolidate its position, likewise DAP with Penang and Perak while PKR really only has  Selangor and the most Parliament seats held by the opposition.

So with this level of wins - the "oppoition" is far better off collaborating with each other rather than fighting as they all have a common enemy - namely BN.

Should this balance of power change in that either DAP or PAS becomes significantly strong relative to the other at the next elections,  think we will see a lot more flexing of muscles and thats where the real ideological conflicts will arise.

Right now, I give high marks to the respective MB's for demonstrating that the "opposition" controlled stated can function and are functioning better that when they were under BN.  And if the "opposition" is serious about working under a single flag then they are going to have to demonstrate it in the states first.  Right now the mood is toleration, simply because it is needed to show solidarity.   However, to step the relation up a few more notches will require compromises and this will be hard to do.

For PKR to really unify - Anwar will have to step down  - together with Lim Kit Siang, Karpal Singh, and Nik Aziz and allow the next generation to take over and push the agenda.  For now the old guards have done enought to get us to where we need to be. Unlike UMNO, the PKR coalition, in order to succeed, must show an ability for the old to give way to the young in order for constant renewal to take place.

So, Anwar, thank you for getting us this far. You may not become PM but the outcome of this election is more than what any PM has done for the country.. but now its time for you to find a new face to lead the PKR coalition…. 

-Minda Cergas-

UMNO Youth Chief wants to grill Ezam


Umno Youth chief Datuk Seri Hishammuddin Hussein wants to meet former PKR chief Mohamad Ezam Mohd Nor to clarify questions he has on Mohamad Ezam's application to rejoin Umno.

 

Hishammuddin said he was concerned about Mohamad Ezam's role in Umno, his sincerity in joining the party and the benefits the party would get from admitting the former political secretary of PKR's de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

He said,"Despite Anwar's claims that many people from BN will jump ship, we see that it is his people who are joining us. This is a benefit to us but I want to see him (Mohamad Ezam) to discuss some issues."

He also wanted to leverage on Mohamad Ezam's experience in the anti-corruption non-governmental organisation Gerak, and see how Mohamad Ezam could help the party tackle corruption.

As to Mohamad Ezam's role in the wing, Hishammuddin said it would be decided by members. -

NST

Thursday, May 29, 2008

Lagi PKR masuk UMNO


TERKINI!

Menurut laporan terbaru dalam laman web berita alternatif 'The Malaysian Insider', tujuh lagi bekas ahli pemimpin Pemuda PKR mengikuti jejak Ezam menganggotai UMNO. Mereka ialah:

  1. Bekas Ahli Majlis Eksekutif Pemuda PKR Azwan Din Hamzah & Abdul Ghani Haron
  2. Bekas Ketua Pemuda PKR Permatang Pauh dan juga Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim
  3. Bekas Ketua Pemuda PKR Selangor Johari Mohd Yasin
  4. Bekas Setiausaha Pemuda PKR Selangor Mohd Nazmi Rosli
  5. Bekas Ketua Pemuda Perlis Ahmad Daud Che Ghani
  6. Bekas Ketua Pemuda PKR Kedah Khairul Annuar Ramli

Hmm, apa kata Pemuda UMNO, ya?...


 


 

Lagak Ezam sebelum kembali ke UMNO

Wednesday, May 28, 2008

Apa di sebalik perletakan jawatan Idris Jusoh?


Hanya beberapa hari lalu Idris Jusoh berkata dia tidak akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri . Tiba-tiba petang tadi dia mengejutkan akar-umbi parti dengan keputusan sebaliknya.

Pening ahli UMNO. Belum pun sempat merungkaikan rasional Ezam kembali kepada UMNO setelah begitu hebat mengutuk dan mengancam kerajaan pimpinan Pak Lah, muncul satu lagi kejutan dari Terengganu.

Nampaknya budaya UMNO masakini seolah-olah satu budaya kejutan dan ironi. Apa yang dikatakan bukan sesuatu yang perlu dikota, sebaliknya haluan dan pendirian lebih berpandukan elemen-elemen di luar 'tabii' demokrasi.

Turut meletak jawatan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu Rosol Wahid. Katanya dia dilantik oleh Idris dan merasakan perlu mengikut apa yang dilakukan oleh beliau. Tambahnya lagi, semua ini adalah untuk memastikan Umno Terengganu lebih kukuh dan kuat.

Hmm...meletakkan jawatan untuk mengukuhkan UMNO Terengganu...apa kata akar-umbi?

Bilangan blogger UMNO paling besar kini, tetapi...


 

Menurut penulis blog Ahiruddin Atan yang lebih dikenali dengan nama Rocky, di antara nama-nama besar kalangan blogger di Malaysia adalah orang UMNO.

Blog Tun Mahathir (yang menarik diri dari parti tetapi hanya sehingga PM berundur) diramal akan mencecah 1 juta hits dalam masa 24 jam lagi. Sejuta pengugunjung dalam kurang daripada sebulan memang hebat, mungkin tak bernah berlaku di kalagan blog sosio-politik. Mungkin juga rekod dunia kerana kebanyakan blog mengambil masa bertahun untuk mencapai tahap itu.

Blog Khir Toyo juga besar. Sejak 28 Mac, lebih 600,000 orang telah mengunjunginya.

Kelab Maya UMNO, atau myKMU yang pro-UMNO di antara laman web terbesar. Agenda Daily juga pro-UMNO sementara blog Bigdogdotcom telah melebihi sejuta kujungan.

Bagaimana pun, yang anehnya bilangan blogger pro-kerajaan begitu kecil. Menurut satu bancian oleh sebuah university, hanya 20 daripada 190 blog sosio-politik sebelum 8 Mac berpendirian pro-kerajaan, tetapi jumlah kunjungan pula tidak hebat.

Oleh itu apakah masalahnya? Masalahnya kebanyakan daripada blog UMNO/pro-UMNO ini terlalu kritikal terhadap kepimpinan party. Banyak yang sebenarnya anti Pak Lah, dasar-dasarnya, janjinya dan amalannya.

Justeru itu, menurut Rocky, apa ceritanya dengan tindakan Kerajaan untuk menangani blogger? Katanya, jika boleh diyakini kumpulan blogger ini maka mudahlah untuk mempengaruhi yang lain.

Ahli UMNO kritik kerajaan perlu di ambil tindakan...tapi jika macam Ezam tu?


Apakah betul jika seseorang menjadi ahli UMNO dia akan menjadi ahli selama-lamanya?

Imbas kembali kes Ibrahim Ali. UMNO pernah berkata di diharamkan dia kembali ke UMNO seumur hidup...betul ke ni?

Ezam pernah dalam UMNO. Dia keluar memasuki PKR. Menjadi orang kuat Anwar dan begitu lantang menghentam UMNO, Pak Lah dan siapa saja dalam buku hitamnya. Kini dia kembali ke UMNO dan diterima baik oleh Pak Lah.

Dalam pada itu kita mendengar gesaan menteri di Jabatan Perdana Menteri Zaid Ibrahim meminta tindakan sewajarnya dikenakan kepada mana-mana ahli Parlimen yang terus-menerus menentang kerajaan.

Apa hal semua ini? Nakhoda ke mana? Kapal ke mana?

Ludah dan jilat kembali...

Pak lah berkata bekas Ketua Pemuda PKR Mohd Ezam Mohd Nor ingin kembali ke pangkuan UMNO.

Menurut laporan yang tersiar dalam berita online, 'The Malaysian Insider' sebentar tadi, Pak Lah belum menawarkan Ezam apa-apa jawatan dan dia seterusnya berkata Ezam juga belum meminta apa-apa.

Mengenai sama ada UMNO akan menerimanya kembali, Pak Lah berkata, "boleh terima lah."

Apabila ditanya sama ada UMNO akan menerima seseorang yang pernah berpendirian begitu kritikal, Pak Lah berkata dulu dia di luar dan mungkin sekarang dia sudah 'insaf.'

Komen Blogger:
Apakah yang tersirat dan tersurat dalam senario ini? Saya akur dengan kesabaran dan sifat mulia Pak Lah, tetapi janganlah keterlaluan sangat.

Saya di antara yang menyokong usaha membersihkan UMNO daripada oportunis dan petualang. Bagaimanapun, perkembangan terbaru ini tidak mungkin memanfaatkan agenda itu.

Apa dah jadi dengan ancaman Ezam mendedahkan berpeti-peti rahsia yang kononnya dapat membuktikan pelbagai kepincangan?

Berpendirian kritis terhadap UMNO pun payah diterima ahli dan pucuk pimpinan dan masih menjadi perdebatan, inikan pula menerima petualang yang memfitnah, memalu dan begitu ketara ingin menghancurkan parti yang kita amat sanjungi ini.

Apa kata diterima saja Ibrahim Ali masuk balik UMNO? Kan, pengharaman keahliannya sepanjang hidup hanya kata-kata kosong setelah menyaksikan perkembangan hari ini.

Dan jika diperhitungkan, pendirian Tun Mahathir juga tak mungkin seteruk ini...


Tuesday, May 27, 2008

PR boikot akhbar Melayu: Apa pulak akhbar bukan Melayu?


Tindakan Pakatan Rakyat memboikot akhbar Melayu dikatakan berikutan apa yang dianggap sebagai penyiaran berita yang kononya meniup sentimen perkauman.

Tidak kiralah siapa nak baca atau tak mahu baca akhbar Melayu. Blog banyak, sembang kedai kopi bercambah lengkap dengan 'ad lib' dan 'editorialising' sendiri. Dalam hal ini boikot tidak mungkin boleh menjejas populariti akhbar vernakular seperti akhbar Melayu. Lagi pun selama ini Pembangkang memang pun tak percaya dan tak gemar membaca akhbar arus perdana Melayu...dah tu apa yang nak diherankan, kecuali mungkin sejak kebelakangan ini mereka semakin tergugat dengan ketelusan penulisan yang meluahkan intipati perasaan orang Melayu?

Tetapi, apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan meniup sentimen perkauman? Apakah menulis mengenai pendapat untuk menasihat dan mengingatkan bangsa sendiri boleh diertikan sebagai tergolong dalam 'kesalahan' ini?

Dalam akhbar-akhbar arus perdana berbahasa Inggeris tidak kurang juga berita, analisis dan komen yang boleh dianggap boleh menaikkan kemarahan orang Melayu atau sebagainya. Sedihnya, ramai di kalangan orang Melayu tidak menyedari hal ini kerana mereka hanya membaca akhbar bahasa Melayu. Dan apa pula dengan blog berita alternatif seperti Malaysia-Today? Lebih dasyat lagi kandungannya...

Di sini yang penting ialah interprestasi dan perspektif tafsiran sesuatu kandungan dari kacamata seseorang. Ia sama juga seperti mentafsirkan karya-karya seni seperti filem cereka, teater dan novel. Pada orang ini ia mungkin memualkan, pada orang lain mungkin sesuatu yang boleh mencetuskan kesedaran.

Menyentuh perkara ini elok jugak diketengahkan komen Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan yang mahu media khususnya akhbar Cina supaya tidak terlalu mensensasikan berita membabitkan jenayah kerana ia menyebabkan imej bandaraya serta negeri Johor terutama sekali di kalangan pelancong asing serta pelabur menjadi buruk.

Katanya, jelas ada pihak yang cuba mempolitik dan memainkan sentimen perkauman dengan mendakwa polis gagal melindungi masyarakat Cina. Ini, menurutnya tidak patut berlaku.

Tengku Razaleigh & Anwar...sehaluan?


Tengku Razaleigh nampaknya bergerak secara senyap sambil membawa mesejnya mengenai pembaharuan dan Malaysia baru ke seluruh pelusuk negara – dari dewan-dewan sekolah usang hinggalah ke lokasi mewah seperti Sutera Harbour Resort di Kota Kinabalu.

Kadangkala, yang hadir hanya beberapa ratus, jarang sekali mencecah paras melebihi 2,000 orang. Beliau jarang sekali dilaporkan dalam akhbar dan masih dianggap pencabar yang tidak serius bagi merampas hadiah utama politik Malaysia, iaitu jawatanPresiden UMNO.

Bagaimanapun, Tengku Razaleigh kini mendapat perhatian ketua de facto Pembangkang Anwar Ibrahim. Mantan Timbalan Perdana Menteri itu jelas menyukai kualiti keseluruhan penampilan mesej Ku Li kepada ahli-ahli UMNO.

Dalam satu wawancara dengan Asia Inc. Anwar berkata: "Ramai yang menganggap Tengku Razaleigh sebagai secebis sejarah silam. Tetapi jangan lupa beliau pernah berada dalam Pembangkang selama 10 tahun. Ini menjadikannya seorang yang berpengalaman luas berjuang dari dalam dan dari luar parti. Pengalamannya memegang portfolio Menteri Kewangan yang begitu lama memberikannya kefahamaan mendalam mengenai selok-belok ekonomi. Saya berpendapat daripada kesemua pemimpin UMNO, kredibilitinya lebih menyerlah kerana beliau bercakap mengenai perubahan yang sebenar. Beliau berasa dirinya mudah diterima kesemua rakyat Malaysia dan bukan hanya masyarakat Melayu. Beliau boleh menjadi penentang yang kuat."

Mereka yang berada dalam kem Anwar berkata mereka tidak melihat Tengku Razaleigh sebagai penentang, tetapi seorang rakan seperjuangan yang boleh menguntungkan Pakatan Rakyat. Dengan pertalian raja beliau lebih mudah diterima Raja-Raja Melayu yang dianggap sebagai nadi kuasa penting dalam Malaysia baru. Mereka juga menganggap beliau layak memujuk pemimpin-pemimpin UMNO melompat menyertai Pembangkang, lantaran memberikan satu macam kesahihan kepada kerajaan pimpinan PKR-PAS-DAP di mata pengundi Melayu. Tengku Rzaleigh dianggap seseorang yang amat diperlukan Pembangkang.

Setakat ini masih belum pasti samada kem Anwar atau mana-mana pihak dari pembangkang telah membuat pelawaan kepada Ku Li, tetapi beberapa orang pembantu veteran UMNO berkata beliau masih orang UMNO dan tidak begitu gemar menedapatkan kuasa di luar pilihan raya atau menerusi cara di luar perlembagaan.

Tengku Razaleigh percaya kempennya untuk mempengaruhi akar-umbi parti semakin berjaya. Dan dengan penarikan diri Tun Mahathir berserta kempennya untuk memaksa Pak Lah berhenti yang dijangka menjadi lebih pesat sedikit masa lagi, Ku Li dianggap mempunyai peluang cerah memperoleh 58 pencalonan daripada bahagian-bahagian UMNO untuk bertanding jawatan presiden parti.

Apa yang menarik perhatian dan sokongan mereka yang berkecuali ialah faktor keseluruhan agenda dan pemikirannya yang tajam. Beliau bercakap mengenai keperluan memelihara bahasa Melayu dan memastikan hak-hak bangsa Melayu dilindungi perlembagaan. Beliau juga bersedia berpindah ke zon yang lebih selamat untuk menghentam ahli-ahli UMNO yang dianggap bongkak, sombong dan ketagihan kuasa selain suka membodek.

Setakat ini, Ku Li belum lagi menggunakan isu bangsa sebagai modal. Sehubungan ini beliau dikatakan tidak begitu selesa dengan cara Tun Mahathir di Johor seminggu lalu apabila Tun dikatakan memberi amaran kepada orang Melayu berhubung beberapa desakan yang dibuat kumpulan-kumpulan bukan Melayu seperti HINDRAF.

Malam Sabtu lepas di Sabah, Ku Li bercakap mengenai perubahan, Beliau menyeru penduduk Sabah dan Sarawak menunjukkan kualiti bebas dalam keperibadian mereka dan berusaha menukar keadaan diri. Beliau akur bahawa perlu dikaji semula pembayaran royalti minyak kepada Sabah. Beliau berkata Sabah perlu memiliki pusat pengeluaran gas sendiri selain meminta supaya lebih ramai rakyat Sabah dilantik ke jawatan tertinggi dalam perkhidmatan awam di seluruh negara.

Ku Li juga berkata sudah tiba masanya dikaji semula perjanjian cukai 1948 yang meletakkan kesemua kuasa percukaian di tangan kerajaan persekutuan sementara negeri-negeri hanya diberi pembiayaan modal, pembangunan dan lain-lain. Dan buat kali pertamanya sejak memulakan kempen selepas pilihan raya pada 8 Mac, Ku Li memberitahu ketua-ketua bahagian jika mereka mempunyai keyakinan terhadapnya, ,mereka perlu menterjemahkan keyakinan itu kepada pencalonan semasa mesyuarat bahagian.

Ku Li juga menguatkan pendirian dalam usaha menjadikan UMNO lebih demokratik. Padanya UMNO perlu di-demokratikkan dengan pucuk pimpinan dan perwakilan parti ditentu berdasarkan sokogan akar-umbi dan bukan daripada atas. Ketua-ketua perhubungan negeri pula perlu dilantik oleh bahagian dan bukan oleh presiden. Perwakilan ke Mesyuarat Agong dipilih oleh ahli dan bukan ketua bahagian.

Menurutnya, "Parti kita tidak lagi demokratik. Kita sudah hilang deria misi dan perjuangan. Budaya UMNO telah menjadi perjuangan untuk kepentingan diri menerusi pembodekan dan ketakutan. Nilai tertinggi kita sekarang ialah wang." Berdasarkan pandangan inilah Ku Li menggesa diadakan mesyuarat agong luar biasa bagi mempertimbangkan cadangan dikembalikan kuasa memilih pemimpin kepada akar-umbi.

Walaupun ucapan Ku Li begitu bertenaga dan berapi, beliau masih belum pasti akan mampu mendaki gunung setinggi Everest itu. Idealisme para pengasas UMNO yang pernah dijaja dan dilaungkannya sebelum ini tidak lagi mengalir dalam tubuhnya. Ia sebaliknya telah digantikan dengan pragmatisme dan kepentingan diri.

UMNO kini telah menjadi sebuah bisnes dan hanya pemimpin yang mampu memberi kepuasan kepada ahli dengan pengaliran imbuhan projek dan jawatan akan disokong. Lebih buruk lagi, kunci kuasa parti dipegang oleh kesemua 193 ketua bahagian, ketua perhubungan negeri, ahli majlis tertinggi dan presiden parti. Hanya pemindaan besar-besaran kepada perlembagaan parti boleh mengembalikan kuasa kepada akar-umbi seperti mana dicadangkan Tengku Razaleigh.

Tetapi, realitinya tampuk kuasa pemilihan berada di tangan ketua-ketua bahagian, calon mereka, ahli-ahli majlis tertinggi dan lain-lain. Mereka tak mungkin akan sanggup memporak-perandakan kedudukan sendiri.

Sedutan di atas yang diterbitkan dalam akhbar online Malaysian Insider diterjemahkan daripada versi Inggeris

Komen Blogger:

Begitu tajam sedutan sorotan di atas mengenai Tengku Razaleigh. Ia mungkin pahit untuk diterima ahli UMNO, tetapi bahaya dan kebarangkalian ia berlaku jangan sekali-kali diperkecilkan. Pertukaran budaya dalam UMNO kepada asas perjuangan Melayu seperti diperturunkan para pengasas puluhan tahun dulu sesuatu yang amat dinantikan tetapi, apakah arus yang jelas boleh membawa Ku Li ke 'perangkap' pembangkang sesuatu yang boleh diterima? Fikirkanlah...

Monday, May 26, 2008

Ezam and the $64,000 Umno question


EZAM Mohd Nor coming back into Umno's fold? It is still hearsay, at this stage.

 

News that he is to rejoin the party he had been critical of until the March 8 polls is strange, but as they say, anything is possible in politics. Stranger things have happened.

Furthermore, it has been a longstanding rumour that the once rising star in Umno and former close aide of former deputy prime minister Datuk Seri Anwar Ibrahim will return to the party, which he once served as the Petaling Jaya Selatan deputy division chief.

Ezam has not made up his mind although he did meet Umno president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi two weeks ago and Datuk Seri Najib Razak soon after.

He is expected to answer this nagging question soon now that he got home from Bangkok yesterday, but not without first having a "small talk" with former colleagues from Parti Keadilan Rakyat.

There are many questions, if it is true that Ezam, once dubbed the "Siamese twin" of PKR's vice-president Azmin Mohd Ali, has the intention to rejoin Umno. More so since it is a known fact that he left PKR after a fallout with Azmin.

Is he returning to Umno's fold because he sincerely believes it to be the only party championing the cause of the Malays?

Is he conceding that fighting corruption, through the Civil Movement against Corruption (Gerak) he helped set up, is a lost cause? Or does he find the invitation from Umno leaders to revitalise Umno an irresistible offer?

"I think it's strange (for him) to join the very institution he has been critical of. (But) this is his choice.

"After all he has done for the party (PKR), after going to prison, it would be odd for him to go back to them," said PKR chief Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ezam had gone on record many times, saying he would not rejoin Umno. He said he wanted to focus on the campaign against corruption beyond partisan lines.

But Umno seems keen to embrace Ezam despite his venomous attacks on the party leadership, particularly on alleged corrupt practices in the government.

There is also concern. The question of Ezam being a "Trojan horse" was dismissed by Najib, who reportedly said that Ezam is a friendly party.

Speculation that Ezam will be appointed a senator and be given the task to lead the battle to recapture Selangor also has not gone down too well with other suspicious leaders.

There is uneasiness within Umno Youth, too, over talk of pushing Ezam to lead the movement.

Umno Youth chief Datuk Seri Hishammuddin Hussein has prepared three questions for the party leadership to ponder on the Ezam "crossover". First, what is the benefit for Umno if Ezam rejoins? Second, is he willing to struggle alongside Umno? Finally, what will be his role?

It is no secret that Ezam almost accepted an offer from PKR to contest the last general election after being told that Anwar was willing to forgive and forget.

When this did not materialise, Ezam convinced PKR leaders that he would assist "close friends" contesting the elections, which saw him campaigning for friends like Saifuddin Nasution Ismail and Pas' Husam Musa and Mahfuz Omar.

When he was in Kelantan to launch a book published by Gerak, Islam dan Perjuangan Merawat Rasuah (Islam and the struggle against corruption), during the election campaign, he was full of praise for Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat for being the "cleanest" of all politicians.

But when the opposition pact won and statements and policies announced by Anwar on behalf of Pakatan Rakyat seemed to leave out the Malay agenda, Ezam was said to be upset.

Is rejoining Umno, therefore, an afterthought for this man?


 

By Zubaidah Abu Bakar

Sunday, May 25, 2008

Tahan Tun bawah ISA: Param mendendam


PAS Kawasan Batu mengecam cadangan Param Cumaraswamy bekas rapporteur Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang mendesak kerajaan menahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ketua Penerangannya, Tarmizi Mohd Jam, berkata cadangan itu bukan sahaja bertentangan dengan hak asasi manusia malah ia amat bercanggah dengan ajaran Islam yang suci.

Katanya, sekalipun Tun Dr. Mahathir boleh didakwa atas apa jua isu yang boleh dibuktikan melalui undang-undang, ISA tidak boleh digunakan kerana akta tersebut ditentang PAS dan rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat atas nama prinsip keadilan.

Param mencadang digunakan ISA ke atas Tun Mahathir berdasarkan ucapan beliau di Johor pada 17 Mei lalu yang disifatkan membawa sentimen 'perkauman.'

Tarmizi juga meminta Gerakan Mansuh ISA (GMI) mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini.

"Kita kesal. Cadangan itu semacam dendam. Selama ini Param antara yang menentang ISA. Kini dia juga yang mahu ISA digunakan untuk Tun (Mahathir)," tegasnya dalam satu kenyataannya kepada media.

Tarmizi bimbang, ISA hanya ditentang ketika pemimpin tertentu ditahan tetapi dalam masa yang sama, ISA juga boleh digunakan ke atas mereka yang tidak sependapat dan menjadi musuh pihak tententu yang lain.

Thursday, May 22, 2008

Demokrasi ala Amerika untuk menundukkan Islam


Dalam kesibukan memerhatikan kemelut politik tanah air, terlintas juga di hati apa sebenarnya di sebalik laungan Presiden Amerika Syarikat George Bush menyebarkan idea demokrasi di serata negara yang masih dianggapnya sebagai tidak berapa bertamaddun.

Dalam satu artikel yang saya terbaca hasil tulisan seorang rakyat Amerika baru-baru ini, saya terpanggil untuk berkongsi secara mentah apa yang dilahirkanya.

Penulis itu mempertahankan Bush dan agenda 'demokrasi' Amerika di Iraq dengan berkata penerapan demokrasi di negara Islam itu telah membawa kepada suasana yang lebih selamat bagi wanita dan penganut agama Kristian.

Menurut penulis itu lagi, undang-undang syariah yang sebelum ini menjadi teras pemerintahan Iraq dianggap Amerika sebagai terlalu ganas, brutal dan tidak berperikemanusiaan, lantaran hanya demokrasi ala barat yang mampu menghentikannya.

Di sini kita dapat melihat di antara agenda petualang Amerika Syarikat yang didalangi puak neocon untuk melemahkan dunia Islam.

Bibit-bibit pengaruh negatif Amerika di sebalik jelmaan agenda 'muslim moderat' dan 'liberal demokrasi' yang begitu ketara dipupuk beberapa pihak pembangkang di Malaysia sebenarnya sebahagian daripada rancangan besar Amerika dan konco-konco di negara ini.

Tidak...menidakkan kemaraan idea-idea seperti ini bukan bermakna penganut kristian diketepikan, tetapi bahayanya ialah bagaimana sentimen agama digunakan Amerika bagi meraih sokongan barat dan sebagainya...


 

Salehuddin Hashim menangguk di Air keruh...


Setiausaha Agung PKR, Salehuddin Hashim mudah sekali menangguk di air keruh.

Dia mentafsirkan isu tindakan Tun Mahathir keluar UMNO dua hari lalu sebagai pentanda buruk yang kononnya bakal merebak ke akar umbi, lantaran menyebabkan UMNO hilang fokus dan kredibiliti.

Sebagai seorang pemimpin parti pembangkang, takjub jugak mendengar pendirian Salehuddin ni. Mungkin ada di antara orang yang akan menelan bulat-bulat pandangan oportunisnya itu. Apakah munasabah bagi seorang pemimpin PKR mengambil berat tentang keutuhan UMNO walhal seluruh jentera PKR telah sekian lama menumpukan perhatian dan tenaga untuk memburukkan UMNO bagi kepentingan sendiri.

Saya ingin mengingatkan Salehuddin bahawa rakyat Malaysia, tidak kira ahli afiliasi politik tidak semudah itu dipengaruhi pemikiran sempat seperti ini. Jika Salehuddin sampai hati menyuarakan 'ancaman' ini, ia sebenarnya mencerminkan kebarangkalian ia tercetus dalam mindanya sendiri...fikirkanlah.

Halliburton denies involvement in Iraq?...please


It makes me want to puke hearing claims that the US oil and gas company Halliburton denied having any more links with the pillaging and plunder of Iraq's oil. All said and done, how come cases relating to the company are still being heard and pending?

You see, it is not whether Halliburton has ended all kinds of involvement with Iraq...it is about what they have done through the years while there. Those were years soaked in the blood, sweat and tears of the Iraqi people. Now that it has 'ended' its links over there , we hear of Halliburton coming to Malaysia's Iskandar Development Region to invest using what the world see as money tainted by the sufferings and anguish of the Iraqis.

Within such a scenario are Malaysians so forgiving as to sell their soul for the sake of foreign investment?

Ponder this:

"...The arrival of Dick Cheney as CEO in 1995 was, by far, the best decision Halliburton ever made. Under Cheney's tenure as CEO, Halliburton's revenue from federal government contracts nearly doubled. Government-backed loans from the Export-Import bank increased from $100 million to $1.5 billion. The company became the 18th-largest defense contractor, in terms of revenue, whereas before Cheney's arrival the company was the 73rd largest contractor.

Halliburton saw its revenue increase 30 percent to $16 billion in 2003, largely because of its military contracts in the middle east. Halliburton was the number one U.S. Army contractor in 2003 with the total value of its Army contracts valued at $3,731,725,648. Dan Briody, in his book The Halliburton Agenda, described Halliburton's relationship with Cheney as "the embodiment of the Iron Triangle, the nexus of the government, military, and big business that President Eisenhower warned America about in his farewell speech..."

UMNO perlu tongkat?


Dah...tiba-tiba muncul suara veteran UMNO Tan Sri Aziz Tapa mencadangkan supaya 'perbalahan' di antara Tun Mahathir dan Pak Lah dirujuk kepada yang di-Pertuan Agong.

Saya kira cadangan itu tidak sepatutnya timbul langsung di peringkat ini, apatah lagi disebarkan melalui media massa untuk dipersenda dan diketawakan orang luar.

Apakah UMNO begitu lemah hinggakan pertelingkahan sebegini pun memerlukan campur-tangan yang di Pertuan Agong? Bukankah UMNO sudah berusia melebehi 62 tahun? Pada usia masak sebegini parti itu sepatutnya begitu matang untuk menangani pelbagai isu dalaman. Apatah lagi perbalahan tersebut di antara dua tokoh yang begitu 'dewasa' dan amat berpengalaman dalam arena politik...tak payahlah merujuk kepada Tuanku.

Di satu penjuru pemimpin UMNO berkata isu ini tidak membimbangkan sangat dan 'life goes on' tanpa kehadiran Tun, sementara di beberapa sudut lain ada yang berpendapat berlainan pulak. Tak apa berlainan pendapat, tetapi dalam hal ini baiklah kita selesaikan secara tertutup.

Tun, we practice what you preach...


Tun Mahathir should practise what he had preached for many years – forget about individuals and remain steadfastly loyal to the party.

Hamid Albar said it's very surprising for Tun to be making calls for party members and BN MPs to leave the fold when he himself was the one who had always reminded everyone to be united and remain steadfast.

Syed Hamid said now almost all UMNO members are heeding his advice and sticking to the party to ensure it remains intact and strong.

He said said any efforts to wreck the party should not be supported, and that even though one might not agree with the leader, party members must stick together.

UMNO belongs to the Malays and not to anyone in particular.

Tuesday, May 20, 2008

Syawal gembala kambing


Dipetik dari blog seorang sahabat

Dalam filem P.Ramlee, AHMAD ALBAB, Syawal Gembala Kambing menjadi kaya raya setelah diberi harta oleh jin yang turun ke bumi untuk mencarikan kawan untuk anaknya kerana di dunia jin, anaknya tidak dapat mencari kawan yang baik. Jadi keluarga jin menjadikan anak Syawal, Ahmad Albab sebagai kawan anak mereka. Sebagai balasan Syawal mendapat harta berpeti-peti dengan syarat setiap bulan purnama Ahmad Albab mesti datang ke gua tempat jin sekeluarga tinggal.

Setelah menjadi orang kaya di Kampung Pening Lalat , Syawal didatangi oleh orang kampung meminta bantuan. Suatu hari penghulu Kg Pening Lalat membawa mangsa kebakaran yang terdiri daripada orang kampung. Syawal telah mengarahkan petugasnya menilai kerugian orang kampung dan membayar "double" semua kerugian itu. Syawal sebenarnya memperlihatkan contoh wakil rakyat, YB yang prihatin kepada nasib masyarakatnya.

Sedih kerana wakil rakyat kita sekarang berada di persimpangan jalan, tidak pasti simpang mana yang harus diikuti, tambah lagi selepas dikejutkan dengan keputusan Tun Dr Mahathir meninggalkan UMNO.

Sejauh mana benarnya kenyataan bahawa UMNO kini beyond repair seperti yang diucapkan oleh Mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Banyak sangat diversion dalam menangani UMNO sekarang. Tidak ada satu kekuatan yang mengawal, betul-betul fokus dalam menetapkan landasan yang perlu kita ambil sekarang.
Masing-masing pemimpin tidak mahu tersilap langkah memberi sokongan. Jalan paling selamat ialah berdiam diri. Tetapi apakah ini baik untuk memulihkan UMNO ?
Kalau mereka betul-betul jujur menyokong kepimpinan Pak Lah, tunjuk sokongan dengan menyemarakkan semula perjuangan. Bukan bermain di tepi gelanggang !
Kalau sebaliknya, bentangkan pelan menyelamatkan UMNO, tidak kira siapa pemimpin yang menerajuinya.

Ini adalah detik dan ketika yang kritikal bagi parti orang Melayu. Ini ialah mengenai keselamatan dan masa depan. Ini ialah mengenai penentuan sejarah, kedudukan ekonomi dan maruah. Ini bukan lagi soal marah, soal balas dendam dan fitnah. Ia memerlukan pengorbanan menyelesaikan masalah bangsa, bukan lagi membangkitkan hal projek sasa.
Kalau pemimpin UMNO tidak faham atau sengaja tidak mahu faham, sia-sialah perjuangan UMNO mahu memartabatkan kedudukan orang Melayu. Jangan kita jadi Nujum Pak Belalang, sentiasa bergantung kepada nasib dan menolak realiti.

Govt should NOT give money to MIC


The MIC president said that the fund "will be used mostly to help poor Indians." He is to meet the Prime Minister next week on the matter.

I don't support this idea given the dismal track record of Maika Holdings, the investment arm of the MIC. The Government had given over RM200mil to the MIC via Telekom shares to invest in Maika Holdings at its inception with the objective of uplifting the economy of the Indians. The Indians were deceived into getting a pot of gold at the end of the rainbow.The poor Indians mortgaged their jewellery and livestock to get into the game but what do we see some three decades later? With no dividends forthcoming to service the loans, many of them are bankrupts.

Under pressure, MIC promised to pay back ringgit for ringgit to the shareholders at the beginning of this year but once again it proved to be an empty promise.

MIC members being thoroughly disillusioned by a continuous string of empty promises and bungling by the ineffectual leadership of the party overwhelmingly voted for the Opposition in the recent polls.

Given this pathetic state of affairs, it would be blatantly unwise to give such hard cash to the party leadership however noble the motives maybe. In the Tamil language there is a saying that such a move is as good as giving a garland of sweet-smelling flowers to a monkey.

What the Indians need is equal opportunities in all fields e.g. education, employment, loans from financial institutions and religious matters. Aid to the poor irrespective of race or religion should be given in a holistic fashion preferably managed by a select, dedicated and apolitical high-powered team under the Prime Minister's Department.

DR A. SOORIAN,
Seremban.

Pak Lah tetap PM tetapi akur kesan tindakan Tun kepada UMNO...


Pak Lah tidak akan tunduk kepada Tun Mahathir supaya beliau meletak jawatan sebagai PM. Beliau sebaliknya yakin majoriti orang UMNO akan terus setia kepada pucuk pimpinan.

Dalam reaksinya sebentar tadi beliau bagaimanapun akur akan kesan kepada parti itu apabila anggota UMNO mengikut jejak Tun.

Monday, May 19, 2008

Apakah implikasi tindakan Tun Mahathir keluar UMNO?


Tun Mahathir mengumumkan penarikan dirinya dari UMNO. Tindakan itu dikatakan berikutan cabaran daripada beberapa suara semasa perjumpaan dengan pemimpin Umno dan orang ramai di Alor Star pagi tadi.

Penarikan dirinya itu, bagaimanapun bukan untuk menyertai parti pembangkang. Beliau menyuarakan niat untuk berdiri bebas sehinggalah gesaannya supaya diadakan pertukaran pucuk pimpinan UMNO dan kerajaan menjadi kenyataan.

Tindakan Tun itu mendapat pelbagai reaksi daripada pemimpin-pemimpin kanan parti. Sebilangan besar berkata beliau mempunyai hak untuk menarik diri walaupun perlakuan tersebut tidak dinafi memungkin pecah-belah lebih serius dalam UMNO.

Veteran UMNO Tan Sri Aziz Tapa melahirkan rasa terkejut. Beliau menganggap tindakan Tun itu sebagai tidak betul kerana Tun begitu cintakan UMNO. Tapi, mungkinkah kerana rasa sayang yang begitu mendalam maka Tun kembali ke titik yang menyaksikan beliau disingkirkan daripada UMNO pada 12 Julai 1969?

Rasional penarikan diri Tun dari UMNO kali ini diketahui ramai, lantaran apa yang berlaku tidak berapa mengejutkan pihak akar umbi selain mereka yang masih hidup dalam penafian.

Datuk Syed Hamid Albar menganggap tindakan Tun itu sebagai sesuatu yang tidak kena pada masa dan boleh membinasakan UMNO.

Sementara itu Datuk Shahrir Samad pula menyuarakan kebimbangan tindakan Tun memungkin berlaku pilihanraya umum sekali lagi kerana ia boleh mencetuskan banyak lagi tindakan yanag serupa.

Tetapi, walau apa pun yang berlaku, biarlah hakikat insiden ini diterima dengan hati dan minda terbuka untuk kebaikan bersama kerana bukan semua penolakkan akan berakhir dengan keburukan. Hanya pespektif dan interpretasi yang menentukan ia baik atau buruk.

Friday, May 16, 2008

Kerajaan Perak akan menjual lot rumah Bumiputera di Pasaran terbuka


Kerajaan Perak dikatakan akan menjual lot-lot perumahan bumiputra di pasaran terbuka. Tindakan tersebut kononya bagi mengelak daripada menghadapi masalah 'stok tergantung' di negeri itu.

Menurut Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin 130 unit bernilai RM5 juta telah diluluskan bagi tujuan tersebut.

Mula-mula mereka membelakangi sultan, kini mereka memperkotak-katikkan hak bumiputera pula. Apa salahnya berbincang dulu dengan pertubuhan yang mewakili kepentingan kaum bumiputera dulu sebelum mengambil sebarang keputusan?

Thursday, May 15, 2008

Yang bersih dan Beriman


Dipetik dari blog seorang sahabat worldonestopnews.

Tatkala Presiden UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, label rasuah dan sombong yang ada pada UMNO perlu dibuang segera, tak ada pun kalangan pemimpin parti yang ke depan menyokong kenyataannya. Atau pemimpin UMNO lain menyifatkan kenyataan Pak Lah cuma PR statement semata-mata.

Terlalu sedih untuk menerima hakikat bahawa UMNO tidak akan jadi relevan. Ini juga kata-kata yang keluar dari mulut orang yang sombong. Pak Lah kena faham bahawa minda pemimpin UMNO sekarang sedang bercelaru. Mereka sibuk mencari maklumat risik mengenai siapa Perdana Menteri selepas ini. Supaya senang merangka strategi. Hinanya pemikiran mereka.

Pemimpin perhubungan negeri sibuk mencongak samada mahu bertanding jawatan Naib Presiden. Kalau lawan, siapa yang akan sabotaj. Segera cari mereka, tentukan mereka menyokong. Bayangkan apa akan berlaku.

Mereka tak perasan apa yang bakal berlaku pada UMNO. Yang ini tidak penting. Yang penting cepat-cepat cari kerusi sebelum orang lain kebas. Inilah wajah UMNO yang sebenarnya.Bukan saja korup, sombong tetapi tamak kuasa.

Para pemimpin UMNO patut segera membuat post mortem yang serius mengenai label rasuah yang melekat terus pada parti itu. Kenapa jadi korup. Sebab itulah status pemimpin UMNO. Mereka mahu dilihat hidup mewah. Mereka yang kaya raya lebih dihormati. Hisap cerut RM400 sebatang jadi lambang pemimpin yang hebat sedang dalam kawasan pilihanrayanya ada lagi rakyat yang miskin. Senang saja mahu mengabui mata orang Melayu. Beritahu YB pergi umrah . Rakyat akan berkata, alhamdullilah, warak YB tu. Kenapa mahu menyorok disebalik kesucian agama, masyallah.

Kenapa pemimpin UMNO tidak boleh hidup sederhana saja, punya budi pekerti tinggi, hebat ilmu agamanya, selelau rendah diri, sentiasa melemparkan idea bernas membangun negara, agenda besar untuk generasi masa depan dan sentiasa berkorban.

Sebenarnya kalau mereka tidak mempunyai ciri-ciri ini,mereka tidak layak menjadi pemimpin. Mereka cuma akan menjahanamkan negara,bangsa dan agama. Pemimpin sekarang rasa hebat apabila mereka dapat habuan dengan cara rasuah dan penipuan, yang menjadi sah melalui helah politik yang sebati hinggakan ia menjadi satu sistem yang sukar lagi dirungkai lagi.

Poliitik UMNO sekarang bukan lagi mahu mempertahankan martabat orang Melayu, tetapi memalukan kelompok Melayu di negara ini. Pada kacamata bangsa lain, orang Melayu hanya pandai makan rasuah. Imej ini dlihat melalui gelagat pemimpin UMNO. Terus mereka mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan Raja-Raja. UMNO patut mempertahankan semua ini. Bukan asyik dengan agenda mengenyangkan diri sendiri.

UMNO kini adalah jenama yang tidak lagi laku walaupun dijual dengan harga murah. Orang akan senyum sinis jika diberitahu anda orang UMNO. Apa yang tinggal pada UMNO?

Kembalikan keyakinan orang Melayu pada UMNO, pulihkan kredibiliti parti di mata masyarakat, pilih and lantik pemimpin yang besih dan beriman, sebab akhirnya kita terus meminta keberkatan dari Allah juga.

Tidakkah kita perasan bahawa bencana yang diterima oleh UMNO ialah kerana perbuatan pemimpin dan anggotanya yang tidak ambil peduli dosa dan pahala. Jangan salah menyalah, menuding jari memaki hamun sebab kita sudah terlanjur jauh.

Monday, May 12, 2008

Jangan sampai kita dibuli!

JIKA ditanya sekarang ini kepada orang bukan Melayu, apa kuasa yang ada pada orang Melayu? Jawab mereka orang yang berkulit sawo matang ini adalah pemerintah kerajaan, kakitangan awam, polis, tentera, pihak yang ada kuasa penguatkuasaan dan suka menyaman orang. Pada mereka golongan ini tidak memberikan keadilan kepada mereka kerana yang menguatkuasakannya adalah majoritinya orang Melayu.

Sedangkan undang-undang tidak mengenal warna kulit, bangsa dan agama. Yang salah tetap salah. Cuma pelaksana undang-undang dan peraturan adalah kebanyakkannya orang Melayu, persepsi mereka orang Melayu sering menyalahgunakan kuasa untuk menindas kaum lain.

Tanyalah peniaga haram VCD, pekedai yang meletakkan barangan di kaki lima kedai, pemandu yang sering melakukan kesalahan jalan raya dari kaum lain, mereka akan mengutuk "kerajaan" kerana mengambil tindakan undang-undang atau saman terhadap mereka.

Pada mereka saman yang dikeluarkan oleh bangsa asing daripada mereka adalah suatu diskriminasi kaum, kononnya. Padahal apabila mereka di saman membuang sampah di Singapura atau menahan teksi bukan di tempatnya di Hong Kong, tidak pula mereka "mengutuk" petugas yang mengeluarkan saman. Ini kerana petugas itu sama bangsa dengan mereka dan takut pula sehingga tergesa-gesa membayar saman.

Ironinya keadaan sebegini telah lama berlaku. Mereka benci kerajaan kerana sering mengganggu kerja harian mereka terutamanya peniaga yang menjalankan perniagaan yang menyalahi undang-undang dan peraturan. Secara langsungnya mereka telah di tanam membenci Melayu juga kerana dalam benak otak mereka kerajaan itu Melayu dan Melayu itu kerajaan.

Kini, mereka semakin berani menonjolkan kemarahan mereka terhadap kerajaan apabila pembangkang semakin kuat dalam penguasaan kuasa sama ada di parlimen ataupun dewan undangan negeri. Pada mereka 82 kerusi pembangkang di parlimen, menang hampir semua kerusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan memerintah 5 negeri di Semenanjung telah menyemarakkan lagi penonjolan secara terbuka sikap anti kerajaan dan anti Melayu secara langsungnya.

Golongan penentang secara senyap ini semakin membara anti Melayunya apabila dengan secara tiba-tiba beberapa pemimpin kaum bukan Melayu mula mengkritik kerajaan dan orang Melayu secara terbuka. Sifir di sini cukup mudah – kerajaan itu Melayu, Raja itu Melayu dan UMNO itu Melayu. Lebih naik tocang golongan penentang senyap ini ialah apabila pemimpin bukan Melayu dari komponen Barisan Nasional (BN) sendiri yang tewas dalam pilihan raya dan yang menang tetapi tidak di pilih menganggotai kabinet mula melakukan "serangan terbuka" kepada pemimpin kerajaan dan UMNO.

Ketuanan Melayu mula dicabar dan sudah berani bangsa asing mempertikaikannya. Salahkah orang Melayu bermuhasabah dan mencari formula untuk bersatu sesama mereka dan di tanah airnya sendiri?.

Samy Vellu dengan lantang mengutuk Dr. Mohamad Khir Toyo kerana beliaulah menyebabkan orang India mengundi pembangkang kerana isu merobohkan kuil Hindu. Yang hairannya kenapa semasa di dalam kerajaan perkara ini tidak diutarakan?.

Sungguh mudah menuding jari untuk menyalahkan UMNO yang menyebabkan prestasi partinya merosot. Malah beliau mendesak kerajaan membebaskan lima pemimpin Hindraf yang di tahan di kem Kemunting dengan alasan yang berbaur perkauman.

Ada pula dengan lantang dan berani mencampuri urusan rumah tangga UMNO dengan menghina UMNO dengan tuduhan orang UMNO asyik suka berebut jawatan dan kuasa sehingga berani mencadangkan UMNO menukar pecuk pimpinan parti.

Apakah sudah ada suatu pakatan sulit oleh pihak tertentu untuk melupuskan Melayu dari negaranya sendiri? Kuasa ekonomi, golongan profesional seperti doktor, peguam, jurutera dan akauntan sememangnya sudah dikuasai oleh bukan Melayu. Malah pemilikan hartanah terutamanya di bandar sudah lama dikuasai oleh bangsa asing. Apakah sudah ada gerakan sulit orang bukan Melayu tanpa mengira parti di pihak kerajaan atau pembangkang, untuk menguasai kuasa politik pula?.

Perkara ini sebenarnya tidak mustahil untuk menjadi kenyataan. Dalam suasana politik negara masa kini, tidak mustahil aspek politik yang satu-satunya dikuasai oleh orang Melayu akan terhakis sedikit demi sedikit. Jika diambil kira 60 peratus penduduk Malaysia adalah orang Melayu, secara mudahnya keanggotaan ahli parlimen yang seramai 222 orang itu semestinyalah lebih kurang 133 orang ahli parlimen dari orang Melayu.

Keputusan pilihan raya 2008 menunjukkan ahli parlimen orang Melayu hanya seramai 124 orang sahaja iaitu termasuk dari parti UMNO, PKR, PAS dan parti dari Sarawak. UMNO sebagai tonggak pejuang orang Melayu hanya ada 78 kerusi sahaja. Bayangkan semua ahli parlimen bukan Melayu bersatu dan termasuk "pak turut DAP" orang Melayu dari PAS dan PKR menentang UMNO, apa akan jadi kepada negara dan bangsa Melayu?

Sebenarnya suara jati orang Melayu iaitu diwakili oleh UMNO di parlimen hanyalah 35 peratus sahaja dari keseluruhan ahli parlimen. Fikirkanlah.

Atas perkiraan sebegitulah ahli politik bukan Melayu semakin lantang menghina UMNO dan orang Melayu kerana mereka tahu orang Melayu sudah tidak kuat dalam kuasa politik.

Pada mereka orang Melayu di dalam PAS dan PKR tidak boleh berbuat apa-apa kerana terikat dengan paksi Pakatan Rakyat yang didominasi oleh DAP. Lebih-lebih lagi mereka sedang kemaruk kuasa terutamanya di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Siapa sebenarnya Menteri Besar Selangor dan Perak?

Akibat idelogi dan janji pakatan untuk menang dalam pilihan raya yang lalu, PAS dan PKR sebenarnya tersepit dalam konteks membela orang Melayu. Kerana rakus berpolitik , mereka sanggup mengenepikan dan melupakan bahawa diri mereka adalah orang Melayu. Yang untung adalah DAP sebenarnya.

Lebih parah lagi PKR sendiri yang kononnya parti berbilang kaum (tetapi sebenarnya lebih mirip kepada parti Melayu) mula memeningkan kepala pemimpinnya apabila ramai calon bukan Melayu menang di dalam pilihan raya. PKR juga risau jika ahli bukan Melayu mula menguasai parti.

Hebatkan orang Melayu berpolitik sehingga sanggup menelan jadam walaupun rakan pakatan mereka sudah boleh menghina, mencerca, mengutuk, mencampuri hal rumah tangga orang Melayu dan malah menghina Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

Tanpa mengira UMNO, PAS atau PKR, mereka semuanya sama sahaja kerana sikap orang Melayu sendiri yang terlampau berbudi bahasa, terlampau berlebih kurang, terlampau bersikap tidak apa dan terlampau sangat mengambil hati orang bukan Melayu sehingga bangsa lain sudah boleh memijak kepala orang Melayu.

Akibat percaturan politik orang Melayu sendiri, Karpal Singh dengan bangganya mengadakan sidang media di Parlimen dengan duduk di kerusi roda dan berlatar belakangkan Jata Negara Malaysia, telah secara bongkak, ego dan sombongnya mempertikaikan kuasa Sultan Perak dan campurtangan istana dalam pentadbiran negeri.

Tidak cukup dengan itu, selang sehari sahaja beliau turut mempertikaikan titah Yang Di Pertuan Agong semasa upacara perasmian persidangan parlimen penggal yang ke 12. Mengapa Karpal Singh berani berkata-kata sebegitu?.

Jawabnya beliau sudah tahu kuasa politik orang Melayu semakin lemah dan berpecah belah. Beliau tahu orang Melayu dalam PKR akan diam seribu bahasa. PAS pula akan memutar belitkan fakta dan akan mengaitkan Islam dan pegangan anti nasiolismenya. Itu sememangnya kerja mereka tanpa mempedulikan hak keistimewaan, ketuanan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Apabila orang bukan Melayu mula mengungkitkan kuasa Raja-Raja Melayu, apa reaksi kita sebagai orang Melayu?. Di sini jelas menunjukkan walaupun sultan sebagai ketua negeri dan jajahan takluknya, orang bukan Melayu sekarang ini langsung tidak peduli. Jika pemimpin politik mereka boleh berkata sebegitu, bayangkan golongan bawahan apa pula kata mereka yang semestinya tidak ditapis ayatnya dan malah lebih hina dan provokasi sekali ungkapan mereka.

Mungkin secara kebetulan sebaik sahaja tamat Kongres Permuafakatan Melayu di Persada Johor pada 2 Mei hingga 4 Mei lalu, maka perbagai isu mula dibangkitkan. Apakah bukan Melayu cemburu apabila Melayu bersatu? Apakah hak mereka untuk mencampuri urusan dalaman orang Melayu sehinggakan majlis perpaduan dan perbincangan orang Melayu pun hendak dipertikaikan?

Salah kita sendiri kerana sebelum ini orang Melayu terlampau toleransi dengan kata-kata "tak apa..kita negara berbilang kaum..mestilah saksama". Akibatnya orang Melayu secara keseluruhan telah mula dihina, dicerca dan dipertikaikan pula hak ketuanan orang Melayu dan melindungi hak orang Melayu di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Malah isu menghunus keris oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia turut dipertikaikan. Apakah keris sebagai lambang kekuatan, tradisi dan sejarah Melayu pun boleh dipertikaikan?. Sungguh malang sekali.

Lebih malang lagi orang Melayu sendiri memohon maaf secara terbuka untuk menutup isu keris yang kononnya menjadi suatu isu besar semasa pilihan raya lalu? Apakah benar besar isu tersebut ataupun takut dengan bayang-bayang sendiri kerana terlalu taksub mengamalkan toleransi dalam kepartian sehingga sanggup melukakan hati orang Melayu?.

Kita hendak hunus ke, nak asap kemenyan ke keris tersebut, mengapa pula cepat melatah? Sedangkan upacara tersebut sudah lama berlaku dan berlangsung di dalam "rumah UMNO' sendiri iaitu di PWTC bukannya di dewan MCA. Terlampau sangat bertolak ansur sehingga hilang hormat kepada orang Melayu.

Segala yang keji dan buruk sebenarnya sudah berlaku kepada orang Melayu. Yang belum lagi ialah dibuli, disiksa dan dihalau dari tanah airnya sendiri. Apakah orang Melayu baru hendak bersatu apabila perkara tersebut berlaku?.

Mungkin sudah terlambat umpama nasi menjadi bubur. Tetapi masih belum terlewat jika kita benar-benar ikhlas untuk bersatu dengan menolak segala idealogi politik dan mesti bebas unsur peribadi.

Melayu boleh perkasa jika amalan turun temurun iaitu "perasaan hasad dengki" dihapuskan dari sanubari setiap insan yang bergelar orang Melayu. Kekalkan institusi raja sebagai lambang dan payung keutuhan jatidiri dengan pengekalan tradisi orang Melayu.

Ketepikan ego dan bongkak disamping musnahkan tamak dan haloba untuk berjaya dalam kehidupan. Sandaran kepada bangsa lain perlu dihapuskan kerana Melayu boleh berdikari jika mental kita terbuka dan kuat semangat keMelayuannya.

Pedulikan apa yang hendak diperkatakan. Orang Melayu mesti sanggup melakukan revolusi mental dirinya sendiri. Gerakkan semboyan untuk mengejutkan orang Melayu yang masih tidur dan dibuai mimpi. Padukan tenaga membimbing generasi muda agar mengenal siapa sebenarnya bangsa mereka yang bernama Melayu agar mereka tidak hanyut akibat pengaruh kemodenan suntikan pemusnah ala "penghapusan etnik" secara saraf dan materialistik.

Mungkin kata-kata Al Marhum Pak Hamka "Mereka tahu kelemahan kita dan tidak susah untuk memusnahkan kita. Hanya jihad bangsa dan agama sahaja yang boleh mengagungkan kita", boleh diambil panduan sebagai pemula gerak perpaduan Melayu untuk menjamin ketuanan, hak dan keistimewaan orang Melayu tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun.

SHAIFUL BAHRI SAIDIN

Tajol Rosli dicabar letak jawatan Adun Pengkalan Hulu


Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur hari ini mencabar bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali mengotakan kata-katanya untuk meletak jawatan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Pengkalan Hulu bagi membolehkan satu pilihan raya kecil diadakan.

Timbalan ketuanya Shamsul Effendey Abdul Rahim berkata Tajol Rosli perlu membuktikan kesanggupan mengosongkan kerusi itu jika beliau benar-benar berani.

Sabtu lepas Tajol Rosli berkata beliau tidak takut meletak jawatan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Pengkalan Hulu kerana beliau yakin boleh menang semula kerusi itu untuk membuktikan bahawa Barisan Nasional masih berkuasa di Perak.

Shamsul Effendey berkata jika Tajol Rosli ikhlas dengan kenyataannya itu, beliau seharusnya meminta semua wakil rakyat Barisan Nasional meletak jawatan serentak agar rakyat diberi peluang memilih wakil yang benarbenar boleh memberi perkhidmatan.

Tuesday, May 6, 2008

Malaysia a secular state? I say not...


When Karpal says Malaysia is a secular state, he is only partially correct. What he forgets is that in our Constitution it is stated that The Head of Govt is a Malay Ruler, whereas a Malay Ruler MUST be a Muslim and he would also be the Head of Islam of a State.

A Muslim is obliged to accept the Laws of Islam . When a Muslim has to accept the operations of the Syariah court, can we fairly say then that he is secular?

Hence, when the Constitution says that Islam is the Religion of the Federation ( Article 3) , it also states that while other religions may be practiced freely "dengan aman & damai". I take that to mean without threatening Islam or its continued practice by the professed Muslims.

How then can we say Malaysia is a secular state in the case of the Muslims? Do not forget that Muslims form the majority of Malaysia still.