Monday, March 31, 2008

Renungan bangsa...


Orang seberang sudah lama ketawa...mereka sudah berjaya. Malaysian-Malaysia dipinta kini mula menjadi menjadi nyata. Dulu Melayu berjuang bermati-matian...untuk menegakkan hak bangsa dan ibunda, mungkinkah ini akan hilang dengan begitu sahaja?

Friday, March 28, 2008

Puteri Bera kesal kebiadaban terhadap Sultan Pahang


Hati ini geram membaca pendedahan oleh blogger Another Brick in the Wall yang tersiar dalam blog Kak Pah Kepo hari ini.

Rasa terharu mendapati seorang anak gadis yang menggelar dirinya seorang puteri Pahang jati begitu mengambil berat ke atas apa ayang berlaku terhadap sultan yang disayanginya itu. Terharu dan berbangga kerana masih ada anak muda yang memegang kepada kesetiaan kepada raja sebegitu kental...

Petikan blognya seperti berikut:

Nampaknya sikap keterbukaan, tolak ansur serta pembuktian demokrasi masih hidup di Malaysia telah disalaherti oleh sesetengah pihak.

Angin perubahan menerusi suara rakyat yang dicetuskan melalui peti undi pada 8 Mac lalu digunakan mereka yang menganggap kemenangan pembangkang melalui suara hati sebahagian besar rakyat sebagai pasport untuk menunjukkan taring dan membalas dendam.

Segelintir manusia ini melepaskan geram tak kena tempat sehinggakan DYMM Sultan Pahang sendiri didiskriminasikan.

Laporan insiden yang melampau itu tersiar dalam blog Another Brick in the Wall Voice (klik di sini untuk membacanya).

Sebagai anak seorang puteri Pahang jati dari kawasan Bera, saya tidak sampai hati mendengar Sultan yang amat disayangi rakyat ini diperkecilkan sebegitu rupa.

Saya berharap agar pihak Penerbangan Malaysia mengambil berat perlakuan krew pesawat syarikat tersebut.

Saya juga berharap tindakan tidak bertamaddun yang dipamerkan dalam insiden itu tidak memberi isyarat kepada segelintir golongan yang begitu ego ini naik tocang berikutan perubahan yang berlaku di Malaysia di atas nama keutuhan demokrasi sebenar.

Tuesday, March 25, 2008

Pemilihan UMNO tidak patut ditunda


Jawatankuasa perhubungan UMNO negeri yang berjumpa dengan Pak Lah hujung minggu lalu sekata meminta supaya pemilihan parti ditunda ke tahun hadapan.

Rasional yang diberikan kerana khuatir jika diadakan pada Ogos ini ia mungkin memudaratkan parti. Sehubungan itu mereka berpendapat fokus sekarang ini patut ditumpukan kepada usaha memulihkan UMNO.

Komen Blogger:

Yang nyata UMNO amat memerlukan pemulihan segera. Sebarang penyakit sebaik-baiknya dikesan, dikenalpasti dan diubati pada peringkat awal.

Masalah yang dihadapi UMNO memang ketara sekali kini dan sememangnya perlu diadakan perbincangan dan pemilihan seberapa segera. Ini kerana pemilihan melalui pilihan raya parti adalah di antara satu-satunya ubat yang mujarab untuk UMNO.

Bukankah langkah perubatan melalui pemilihan awal satu cara ideal bagi memulihkan UMNO?

Monday, March 24, 2008

Pengundi Melayu terlanjur


Ramai orang Melayu mengundi pembangkang dalam PRU 12, tetapi ia tidak bermakna mereka mengundi menentang keistimewaan dan hak mereka sebagai Bumiputera. Kedua-duanya masih menebal kekal di hati hampir semua orang Melayu (dalam apa jua bentuk dan perspektif).

Oleh itu sebarang cubaan untuk memansuh atau menghadkan semua keistimewaan orang Melayu akan menyaksikan masyarakat Melayu menentang habis-habisan.

Bagaimanapun, apabila berlaku ancaman seperti yang timbul kini, orang Melayu mula menyesal kerana keterlanjuran mereka menggugat dan melemahkan pesada kuasa ibunda hingga membawa kepada keadaan sekarang.

Dalam pada itu jari-jari masih menuding ke arah hanya seorang sebagai penyebab kekalahan di lima negeri selain kemerosotan di negeri-negeri lain. Mereka yang menuding jari hanya nampak akan kesilapan seorang tetapi begitu liat melihat kepada diri sendiri.

Ini boleh dibandingkan dengan tindakan positif bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon yang akur dengan kekalahan dirinya, Gerakan dan BN.

Beliau tidak segan melihat kepada realiti sambil mengakui sikap keangkuhan dan kelemahan menangani keresahan rakyat punca sebenar tamparan hebat yang diterima.

Saturday, March 22, 2008

Anwar & BR Kidding the Malays?


The statement by Tan Sri Khalid Ibrahim on the NEP is alienating the Malays.

He probably kids himself into thinking his ASN & ASB has done wonders. Has it really? There are millions of poor Malays and pribumis still.

Can PKR /DAP help these poor natives without NEP? Some poor Malays reject development, prefering to remain poor...but they forget there is AIDs, drugs, free sex, Mat Rempit, crime, etc. Its so convenient to blame UMNO but the highest incidence of AIDS is on the East Coast!

If PKR and the Barisan Rakyat dont watch out, they can fast lose Malay support, and thats only in hardly 2 weeks.

Anwar may turn from a hero to an anti-hero. If Wan Azizah were to step down and Anwar were to stand in a bye-election, would the Malays show their disappointment by not voting him? Or can he still fool the sleeping Malays? Who is educating the Malay natives to know the real world?

Anwar & BR perlu hadapi kenyataan


 

Kenyataan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai DEB jelas akan merenggangkan dirinya daripada orang Melayu. Apakah dia ingat semua orang mempercayai yang kejayaan ASB dan ASN benar-benar mengkagumkan? Apakah itu benar?

Masih terdapat berjuta orang Melayu dan pribumi yang miskin. Apakah PKR dan DAP dapat membantu kesemua anak watan ini tanpa DEB (NDP)?

Ada sesetengah orang Melayu yang miskin menolak DEB dan lebih rela meneruskan hidup dalam kemiskinan...tetapi mereka lupa terdapat AIDS, dadah, seks bebas, Mat Rempit, jenayah dan lain-lain.

Memang mudah menyalahkan UMNO, tetapi statistik jangkitan AIDS tertinggi di Malaysia ialah di Pantai Timur Semenanjung!

Sekiranya PKR dan Barisan Alternative (BR) tidak berhati-hati, kedua-duanya boleh kehilangan sokongan daripada orang Melayu dengan cepat.

Daripada seorang hero Anwar boleh menjadi seorang anti-hero. Dan jika Wan Azizah mengundurkan diri untuk memberi laluan kepada suaminya dalam pilihan raya kecil, apakah orang Melayu akan menunjukkan kemarahan dengan cara tidak mengundinya?

Atau apakah Anwar merasakan dirinya masih boleh memperdayakan orang Melayu yang masih tidur? Siapakah yang akan mendidik orang Melayu untuk mengenali dunia sebenar?

Pak Lah, Pokoknya Niat...


Sekarang, persoalannya ialah sama ada iklim segar yang dibawa kabinet baru akan memungkinkan Pak Lah membukti prestasi kepemimpinan sebenar dalam usaha mentransformasikan kerajaan (khususnya BN dan UMNO) pada penggal keduanya.

Dalam menangani persoalan ini, Pak Lah juga perlu menyedari akan faktor-faktor lain yang sedang berlaku, terutama :

  1. Faktor Anwar, iaitu kemungkinan berlakunya pilihan raya kecil dan kembalinya ke Parlimen; Potensi kemantapan pakatan di antara DAP, PKR dan PAS di bulan-bulan akan datang;

  2. Keretakan dalam UMNO yang semakin meluas

Kesemua elemen ini, jika mampu meraih tenaga, boleh menyukar atau menggagalkan segala usaha Pak Lah membina dan seterusnya mendefinasikan semula corak Kerajaan.

Seperti pepatah Inggeris,"Jalan ke arah kemusnahan selalunya berturapkan niat yang baik."


 

Sebahagian petikan dari CPPS & ASLI yang diterjemahkan

Zionis menyokong Anwar Ibrahim? Anwar Ibrahim: Perdana Menteri Malaysia Akan Datang?


Terjemahan rencana oleh Shani Ross, Kordinator bagi Program Eksekutif & Persidangan di Institute Antarabangsa Anti Pengganasan (ICT), Pusat Antara Disiplin Herzliya, Israel (International Institute for Counter-Terrorism (ICT), Interdisciplinary Centre).

Diterbitkan dalam akhbar Israel, Jerusalem Post pada Mac 20, 2008


Parti-parti pembangkang Malaysia telah meraih kejayaan signifikan pada pilihan raya parlimen yang diadakan pada Ahad, 8 Mac. Kejayaan mereka mencerminkan gelora desakan ke arah perubahan politik yang semakin berkembang seiring anjakan demokrasi yang semakin meluas di Malaysia.

Keputusan pilihan raya tersebut bermakna parti pemerintah Barisan Nasional (BN) tidak lagi menguasai 2/3 majoriti di parlimen. Ia bermakna kuasanya kini sedikit sebanyak terhad, contohnya kerajaan tidak akan dapat melakukan sebarang pindaan terhadap perlembagaan atau membuat sebarang perlantikan penting tanpa sokongan daripada pembangkang.

Kesimpulannya, keputusan pilihan raya itu mewujudnya satu mekanisme imbangan (check and balance) yang merupakan prinsip amat perlu dalam mana-mana demokrasi tulen.

Parti pembangkang yang terbesar, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi 31 kerusi, iaitu kemenangan signifikan berbanding kemenangan hanya satu kerusi pada pilihan raya umum 2004. Ramai yang beranggapan kejayaan PKR kali ini disebabkan pemulihan-semula karier politik bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Sebagai seorang pejuang Islam moderat, keadilan beragama dan budaya serta demokrasi liberal, populariti Anwar semakin bertenaga hinggakan terdapat laporan yang meramalkan beliau akan menjadi Perdana Menteri Malaysia sekiranya pembangkang terus menang pada pilihan raya akan datang.

Anwar memulakan karier politiknya pada 1982 apabila memasuki UMNO, yang kini parti terbesar dalam pakatan pemerintahan Barisan Nasional (BN). Parti UMNO pernah dipimpin Mahathir Mohamad, iaitu Perdana Menteri yang paling lama memegang jawatan tersebut.

Pada 1991, Anwar dilantik menjadi Menteri Kewangan dan kemudian sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1993. Penggal Anwar sebagai Menteri Kewangan merangsangkan perkembangan dan kesejahteraan ekonomi yang tidak pernah dirasai sebelum itu. Kejayaan tersebut telah menjulang populariti dan sokongan terhadap dirinya.

Bagaimanapun, karier politik beliau terhenti secara tiba-tiba apabila beliau menyuarakan tentangan kuat terhadap program Mahathir yang menyokong kaum Bumiputera. Ini telah membawa kepada beberapa tuduhan jenayah terhadap Anwar bersabit rasuah dan liwat (hukuman bagi kedua-duanya ialah 6 dan 9 tahun setiap satu, tetapi pada 2004 beliau didapati tidak bersalah bersabit tuduhan meliwat.)

Walaupun pernah menghadapi hukuman jenayah, Anwar muncul sebagai ikon kemajuan politik, keadilan dan kesaksamaan. Sepanjang beberapa tahun ketika itu beliau mendapat sokongan kuat berikutan usaha-usaha yang dilakukan oleh isterinya, Wan Azizah Ismail yang mengasaskan PKR pada 1999 dengan tujuan mendapatkan kebebasan untuk suaminya.

PKR seterusnya telah memastikan kesinambungan agenda reformasi politik. Sejak pembebasannya dari penjara, Anwar meneruskan kempen politiknya. Beliau mencabar kerajaan pimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dengan membangkitkan pelbagai isu, terutama 'Dasar Ekonomi Baru.'

Terbetuk pada lewat tahun 70an (kini dikenali sebagai Dasar Pembangunan Kebangsaan), tujuan dasar tersebut ialah untuk mewujudkan suasana perpaduan kebangsaan dengan cara mengurangkan jurang perbezaan di antara masyarakat etnik. Tetapi, bagaimanapun realitinya menghasilkan satu suasana di mana kaum Bumiputera menerima keistimewaan yang membawa kepada peningkatan bilangan kelas perengahan Melayu dan seterusnya mencetuskan tentangan daripada kaum etnik India dan Cina yang tidak menikmati sebarang keuntungan.

Anwar telah menerima pelbagai pujian di atas beberapa kejayaan mewujudkan perpaduan dikalangan parti-parti pembangkang. Ini telah membawa kepada penubuhan satu pakatan yang akhirnya mendapat kemenangan besar, iaitu 82 kerusi daripada jumlah 222 kerusi yang dipertandingankan pada pilihan raya baru-baru ini.

Dianggap di antara pemidato paling berkarisma di Malaysia, penjelmaan Anwar di pletfom politik PKR kini semakin berkembang pesat. Pada Februari 2008, PKR telah menerbitkan satu Manifesto Keadilan berjodol "Subuh yang Baru Untuk Malaysi." Manifesto tersebut menggariskan visi parti ke arah usaha megembalikan Malaysia ke landasan kesejahteraan ekonomi, politik, pendidikan dan kebudayaan yang mantap. Dengan penumpuan kepada lima strategi utama, PKR menganjurkan perjuangan untuk mewujudkan sebuah negara berperlembagaan untuk semua di mana hak-hak Bumiputera dijamin sepenuhnya bersamaan hak-hak bukan Bumiputera, lantaran membentuk suasana politik yang tidak berasakan kaum.

Dengan peningkatan rasa tidak puas hati rakyat terhadap status quo politik sekarang ini, agenda reformasi PKR seperti di perjuangkan Anwar dilihat sebagai satu-satunya perubahan yang semakin diinginkan oleh rakyat Malaysia. Larangan politik ke atas Anwar akan berakhir pada hujung April depan, dan sekiranya benar apa yang dilaporkan, beliau akan menang dengan mudah dalam pilihan raya kecil dan seterusnya meneruskan peranannya di parlimen setelah isterinya mengosongkan kerusi.

Beberapa penganalisis meramalkan sejurus setelah kembali ke arena politik, Anwar perlu terus membuktikan kecekapannya. Beliau perlu memastikan parti-parti pembangkang yang telah begitu lama berpecah bersepadu dalam pakatan ke arahs melakukan perubahan di negeri-negeri di mana mereka memegang majoriti. Sekiranya mereka boleh melakukan ini, para penganalisis seterusnya meramalkan pakatan pembangkang itu akan mendapat peluang besar untuk menewaskan parti pemerintah pada pilihan raya 2013 dan akan meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Wednesday, March 19, 2008

Rafidah ‘Wanita Besi’ yang besi segala-galanya...


 

Hmm...kan dah cakap? Sandiwara saja. Tok Pidah takkan melepaskan pegangannya ke atas kerusi Ketua Wanita UMNO. Walaupun dia jelas tidak senang dengan keputusan namanya digugurkan oleh Pak Lah, namun untuk melepaskan pengaruh dan dominasinya ke atas pergerakan itu tidak sama sekali.

Jelas terbayang kemarahannya apabila berkata kalau tak dilantik buat apa suruh bertanding? Ini menunjukkan wanita besi ini besi segala-galanya, termasuk dalam segi pemikiran rasional. Apakah jawatan menteri lebih penting daripada berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan sendiri?...

Tok Pidah kini 'fall back' kepada Pelan B. Tak dapat jadi menteri pun tak apa asalkan dapat terus mempengaruhi dan 'control' pergerakan itu.

Itulah kaedahnya...

Dan mengapa pula Mat Taib?


 

Percaturan dalam pemilihan kabinet Pak Lah mendapat reaksi berbelah bagi.

Walaupun ramai yang menerimanya sebagai di antara paparan terbaik, namun rasa kelegaan itu dipersoalkan dengan perlantikan Mat Taib.

Pak Lah sepatutnya menyedari keperluan untuk mengimbangi 'imperative' menyatukan Melayu di Selangor dengan pandangan yang lebih meluas dan serius terhadap Mat Taib daripada sebahagian besar rakyat Malaysia.

Rekod Mat Taib menjadi persoalan di sini. Mungkin ia bukan sekadar menajakan seorang yang baik, tetapi sebaliknya mengajukan seorang yang juga kelihatan dan dipercayai sebagai baik ('seen and proven to be good).

Saya rasa lebih ramai lagi personaliti di Selangor yang mampu mententeram dan menyatukan Melayu Selangor selain Mat Taib. Melayu Selangor memerlukanu seseorang yang boleh memimpin mereka ke arah peringkat yang lebih dinamik dan proaktif – seseorang yang terbukti 'connected' dengan realiti perubahan yang meniup kencang berikutan suara rakyat pada PRU ke 12.

Rafidah ucap selamat tinggal Wanita...


Dengar khabar Rafidah akan mengumumkan perletakan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO bila-bila masa saja.

Bagus le tu...mungkin akan terasa sedikit gegaran dalam UMNO berikutan maki-hamun dan mulut-mulut laser beberapa kelompok.

Selain daripada itu, sebahagian besar ahli UMNO dan rakyat Malaysia, terutama, akan berasa lega...

Tok Pidah, keluarlah secara ikhlas...tanpa sandiwara.

Thursday, March 13, 2008

Penyokong DAP bantah pendirian Kit Siang


 

Tokoh utama DAP Lim Kit Siang meluahkan bantahannya, dan jawatankuasa eksekutif pusat, terhadap pelantikan wakil rakyat PAS sebagai menteri besar Perak yang baru.

Adun PAS (Pasir Panjang) Mohamad Nizar Jamaludin dilantik sebagai menteri besar Perak selepas wakil tiga parti pembangkang - DAP, PKR dan PAS - menghadap Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah petang tadi.

Dalam kenyataannya yang diedarkan kepada media, Lim berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP tidak akan menghadiri majlis mengangkat sumpah menteri besar Perak esok sebagai bantahan.

Sebaliknya, tambah Lim, DAP bersedia menerima pelantikan pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham (Adun Setiawan) atau Jamaluddin Mohd Radzi (Adun PKR Behrang) sebagai menteri besar Perak.

Pendirian Lim ini turut dimuatkan di blognya http://blog.limkitsiang.com
dan sekali gus menimbulkan gelombang penolakan para penyokong terhadap sikapnya itu.

Purata 1.2 ulasan pembaca dilontarkan di kaki kenyataannya itu dalam tempoh seminit.

Majoriti pembaca blog Lim meluahkan rasa kecewa, marah atau tidak selesa dengan pendiriannya itu.

Sejak kenyataan itu dimuatkan pada 7:20 malam ini, ia menerima 271 ulasan pada 10:46 malam.

Pada waktu tersebut, ulasan terakhir daripada seseorang dengan nama samaran 'Devilonpois' berbunyi:
 
Dear bloggers…, we have been throwing all our words from deep heart... Have all the messages being conveyed? Is there any of those who today becoming MP/ADUN/etc... getting our message? Have they forgotten what they are fighting for before 8 March?

(Rakan penulis blog semua, kita telah melontar coretan kita semua dari dasar hati kita ... Apakah mesej ini telah disampaikan? Apakah ada orang-orang yang menjadi ahli parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan lain-lain ... menerima mesej kita ini? Apakah mereka sudah melupakan apa yang mereka perjuangkan selama ini sebelum 8 Mac?)

'Smeagroo' meninggalkan catatan ke-344 pada 11:59 malam ini dengan berkata, antaranya:

You guys are walking on a thin line and nothing is certain for now. All it takes is a spark to start a fire and BN will again come back into full power and if that is the case, all I can say is Let's pack our bags and leave for greener pastures!

(Anda semua berjalan di lorong berisiko dan tiada apa yang pasti kini. Hanya satu percikan boleh memulakan api besar dan BN akan kembali berkuasa sepenuhnya dan jika itulah yang bakal terjadi, apa yang saya boleh katakan 'marilah kita bungkus semua barang dan mencari peluang di tempat lain')

Menurut perangkaan, seperti tercatat di bawah foto Lim, pembaca yang sedang melayari blog Lim berjumlah lebih 1,000 orang dan kini semakin sukar untuk diakses, dipercayai akibat kesesakan trafik.

Dari Malaysikini

Muhyiddin: Kita perlu menerima hakikat


Tsunami politik yang melanda negara ini pada pilihan raya umum ke12 Sabtu lepas merupakan pengajaran yang menuntut semua pihak termasuk kepimpinan negara bermuhasabah dan mencari pendekatan sesuai untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat.    

Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ibarat "mengubati barah yang kronik", kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan Umno perlu bersikap lebih terbuka dalam mencari penyelesaian terbaik.

Beliau berkata keputusan rakyat menidakkan majoriti dua pertiga BN, buat pertama kali sejak negara merdeka 50 tahun lalu, bermakna ada sesuatu yang dekat di hati rakyat tetapi tidak tercapai oleh kerajaan.

"Kita perlu berfikir secara terbuka, mengaku kesilapan dengan sifat rendah diri yang luhur dan kita perlu terima hakikat kerana rakyat dah beri mesej yang jelas," katanya.

Mohammad Nizar Jamaluddin Menteri Besar Perak ke-10


Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini memperkenankan pelantikan Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, 51, sebagai Menteri Besar Perak ke-10.

Nizar akan mengetuai kerajaan campuran yang akan dibentuk oleh PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memenangi 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dalam pilihan raya umum Sabtu lepas.

Majlis angkat sumpah jawatan akan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada pukul 4.00 petang Khamis.

Nizar, anggota DUN Pasir Panjang berkata perkenan Sultan itu dimaklumkan kepada beliau oleh Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah yang menerima rombongan pemimpin ketiga-tiga parti itu mengadap di Istana Kinta di sini 5.00 petang ini.

PAS, DAP dan PKR semalam mengemukakan tiga nama Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham, 47; Bendahari PKR Perak Jamaluddin Mohd Radzi, 52; dan Nizar, untuk dipilih oleh Sultan bagi jawatan itu dan seterusnya mengetuai kerajaan negeri yang baru.

Senarai nama berkenaan dikemukakan selepas ketiga-tiga parti itu mendapat perkenan baginda untuk membentuk kerajaan campuran.

PM kpd Ketua Menteri Pulau Pinang: jangan marakkan ketegangan kaum


Semalam selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri pimpinan DAP tidak akan mengamalkan Dasar Ekonomi Baru.

Ekoran kenyataan tersebut hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi amaran kepada Lim Guan Eng supaya tidak membuat kenyataan yang boleh memarakkan ketegangan kaum.

Lim juga berkata DEB, yang diperkenalkan pada 1971 selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969 untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat, merupakan punca kepada "kronisme, rasuah dan ketidakcekapan."

Perdana Menteri berkata DEB yang diperkenalkan perdana menteri kedua allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, sebenarnya telah berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan ini telah memberi faedah kepada semua kaum.

"Saya ingin bertanya kepada DAP kaum manakah yang telah menjadi lebih miskin kerana DEB.

"Saya ingin juga memberi peringatan kepada kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya jangan menimbulkan keadaan di mana ketegangan antara kaum boleh berlaku," tegas Abdullah yang juga Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang.

Beliau berkata kerajaan baru negeri Pulau Pinang tidak harus meminggirkan orang Melayu, yang merupakan kaum minoriti di Pulau Pinang dan kumpulan minoriti yang lain seperti kaum India.

"Jangan pinggirkan orang Melayu dan kumpulan minoriti seperti orang India. Saya ingin bertanya kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng apakah rancangan DAP untuk membantu orang Melayu," katanya.


Blogger Susan Loone’s frail attempt at undermining Mukhriz’s victory


 

From anotherbrickinthewall blog


Following is an extract of an 'expose' of what blogger Susan Loone is all about as seen by A Voice:

Susan Loone received an e-mail and without much checking and thinking, she tried to create doubt over Mukhriz's election victory in Jerlun. She claimed that an e-mail sent to her highlighted some strange almost perfect turnout of 99.85% published in the newspaper and SPR website.

Although she titled her posting with a questionmark as "Mukriz Mahathir cheated in elections?", she had no quarms to quote the full e-mail with the conclusion "See what a blatant cheater Mukhriz Mahathir is !!." without any qualification

That can be inferred as an intention to accuse and sway her commentator, as evidenced in her posting, into a negative perception of Mukhriz. Her dramatic stunt received attention in Malaysia Today.

One comentator in Rocky Bru demanded she apologise for her wrongful "accusation". She updated her blog but has yet to do so. Lets just see whether she would honourably apologise or she would conjure up excuses and do doublespeak to wiggle her way out of an apology.

Well, Susan Loone has a history of being dramatic in her blogging and was called drama queen by the blogging community. She dramatised the Altantunya case with all sorts of wild unsubstantiated accusation but cease when court proceeding began. This lead some to believe that she couldn't do her spin when fact are presented.

She claimed of being non-partisan but was later revealed by sources inside the Parti Keadilan office that she wanted to stand but was not put forward. Liar liar pants on fire.

She wanted to push her political agenda on All Blog during the Ijok by election. When her request was not met, she attempted to established a breakaway bloggers association. Whatever happened to that association to compete with Rocky and Jeff Ooi's?

Whanever she is caught lying, she will never acknowledge and the possibility of apologizing is remote.

This allegation on Mukhriz is but another typical dramatic stunt of hers - expressing her ill intention by wrongful "accusation" based on spin and half truth. Worse still, she made no attempt to verify the suspicious number.

Despite highlighted by her commentators, she remain recalcitrant from admitting the typographical error. This is another proof of her ill intention. The newspaper sourced the erroneous information from SPR, thus explaining the same numbers in the newspaper and SPR website.

The SPR reported the total registered voter for Jerlun P005 is 45,513. Mukhriz (BN) received 19,424 votes and Idris Ahmad (PAS) is 17,219. Adding the spoilt vote of 599 votes, the turnout is 37,242. The SPR recorded the same turnout of 37,242, thus it tallies.

For the benefit of Susan Loone, the calculation of percentage turnout is derived by dividing the total turnout by total registered voter and multiplied by 100%. Since she lack the Mathematical prowess to spot inconsistencies, I have taken the trouble to derive it for her. The percentage turnout is 81.83% and not the published 99,85%. If she wish to dispute all the numbers that I presented, then I provide below a video of the official announcement:

For the benefit of Susan Loone, who was denied opportunity to experiance an election by Dato Kamarul's office, the SPR cannot make announcement before getting clearance from SPR headquarter in Kuala Lumpur. Opps ... this blogger used to have business discussion at Dato Kamarul's Taman Samudera property development office in Gombak.

Since Susan Loone loves conspiracy, I'll cook one up for her. Now, it's known fact that Mukhriz was sent to Jerlun to get slaughtered after being denied a comfortable place in Pulau Langkawi.

Mukhriz would likely to face sabotage from KJ's Pemuda kaki and the incumbent. It wouldn't be a surprise if KJ had sent some money men and goons to steer away voters to PAS. I would believe some laced tetra-packed soya drink that can hospitalised 60 campaign workers with food poisoning would be just the perfect abruption. After all, a resounding victory would make him look good and KJ bad (his campaigning was not doing well in Rembau).

Assuming KJ had SPR people inside in their pocket, wouldn't they be making Mukhriz lose and not have a better majority? Mukhriz's majority was 2,205 votes compared to the earlier majority of 2,142 votes.

How did I come up with such conspiracy theory? Just like I come up with the information that Dato Kamarul's office rejected Susan Loone as candidate for 1999 general election. Nah, I'm just giving room for Susan Loone to spin an answer.

Sunday, March 9, 2008

Lim Guan Eng angkat sumpah Ketua Menteri Selasa depan


Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng yang memenangi 19 daripada 40 kerusi negeri di Pulau Pinang dijangka mengambil alih jawatan Ketua Menteri Selasa depan.

Lim akan mengangkat sumpah selepas penubuhan kerajaan negeri bersama PKR yang memenangi sembilan kerusi daripada 16 kerusi yang ditandingi di negeri itu. Pas mengekalkan kerusi Permatang Pasir dan kalah di empat yang lain.

Kelmarin ketua PKR Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamad Hashim berkata parti tersebut bersetuju bersama-sama menubuhkan kerajaan dengan DAP selain sekata dalam perlantikan Lim sebagai Ketua Menteri.

Mangsa terbesar PRU ke 12


Kekalahan adalah hadiah hari jadi Samy Vellu apabila kecundang di Sungai Siput semalam. Ia juga mencatat sejarah hitam bagi MIC.

Berbanding kemenangan 100 peratus yang dicatat pada pilihan raya umum 2004, kali ini MIC hanya memenangi tiga daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandingi dan keputusan menunjukkan parti itu kalah semua kerusi yang ditandinginya di Pulau Pinang dan Selangor, dan semua selain satu di Perak.

Parti itu bagaimanapun berjaya memenangi empat kerusi yang ditandingi di Johor.

Samy mempertahankan kubunya di Sungai Siput sejak 1974.

Bagaimanapun, setiausaha agung parti itu Datuk S. Subramaniam and seorang lagi calonnya S.K. Devamany terselamat apabila masing-masing memenangi kerusi Parlimen Segamat dan Cameron Highlands.

Ketua Penerangan MIC M. Saravanan menang kerusi Parlimen Tapah.

Timbalan presiden parti G. Palanivel tumbang di Hulu Selangor mananakala naib presidennya S. Sothinanthan kalah di Parlimen Teluk Kemang.

Seorang lagi naib presiden MIC S. Veerasingam, yang berpindah daripada kerusi Parlimen Tapah ke Sungkai, juga kalah.

Ketua Pemuda MIC S.A. Vigneswaran turut menjadi korban apabila kalah bagi kerusi Parlimen Kota Raja, manakala Ketua Wanita MIC mengalami nasib serupa di Kapar.

Di Subang, muka baru S. Murugesan juga kecundang dalam cubaan pertamanya untuk menjadi wakil rakyat.

Rahsia kejayaan Mukhriz di Jerlun




Rahsia sebenar kemenangan Dato' Mukhriz Mahathir ialah kesederhanaan, sopan santun dan hormat (yang sebenarnya) kepada ibu-bapa dan semua orang tak kira pangkat dan darjat. Ia satu contoh yang amat baik diteladani pemimpin-pemimpin lain dalam UMNO, baik yang veteran mahukan yang muda.

Tahniah Mukhriz!

Mukhriz Mahathir menang dengan majoriti bertambah 2205. Undi rosak berkurangan kepada 599. Jumlah yang keluar mengundi ialah melebihi 80%.



Foto: BigDog

Perak kecundang kerana percaturan keterlaluan...


BN kecundang di Perak kerana silap langkah. Pengerusi UMNO negeri terlalu ghairah bercatur hinggakan meminggirkan sentimen akar umbi – itulah realitinya.

Tetapi, ini bukan masanya untuk menangis dan menunding jari lagi...perjuangan menentang cabaran lebih hebat kepada UMNO masih menunggu...dan ia begitu dekat sekali.

Friday, March 7, 2008

SELAMAT MENGUNDI DALAM PRU KE-12


 

Kita bebas mengundi sesiapa saja.

Tiada siapa pun akan menghalang atau boleh menghalang.

Buatlah pilihan yang bijak dan berwaras demi bangsa, agama dan negara...

Wednesday, March 5, 2008

Sebahagian besar rakyat telah membuat pilihan...


 

Pensyarah Sosiologi Politik Universiti Sains Malaysia, Dr Siva Murugan Pandian berkata, kira-kira 70 peratus pengundi di setiap kawasan baik Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri telah membuat keputusan masing-masing calon yang mereka akan undi.

Dr Siva berkata pengundi yang membuat keputusan awal ini, separuh dari mereka menyokong kerajaan dan separuh lagi menyokong pembangkang sementara 30 peratus lagi belum membuat keputusan

Tuesday, March 4, 2008

Tiga Kawasan Bermasalah bagi BN di Perak


Pengerusi BN Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali telah mengenal pasti tiga kawasan kerusi Parlimen di Perak sebagai bermasalah. Kawasan yang dimaksudkan ialah Ipoh Timur, Batu gajah dan Taiping.


Paling membimbangkan, menurut Tajol ialah Taiping di mana sentimen di akar-umbi, termasuk di kalangan penyokong BN jelas menentang Presiden PPP Datuk M.Kayveas.

Demokrasi Amerika: Hadi Awang dipengaruhi imperialis...


 

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa amalan demokrasi diamalkan BN tidak betul kerana bukan seperti di Amerika Syarikat yang membenarkan rakyatnya melakukan tunjuk perasaan walaupun di depan bangunan Rumah Putih.

Kenyataan tersebut disusuli janji PAS membenarkan orang ramai mengadakan bantahan melalui demonstrasi jalanan jika parti itu menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 ini dan dapat membentuk kerajaan.

Hadi berkata parti itu tidak akan menghalang demonstrasi jalanan kerana Pas mahu membentuk kerajaan yang mengamalkan demokrasi sebenar.

Dia berkata, tindakan pihak berkuasa menghalang tunjuk perasaan atau demonstrasi jalanan tidak mencerminkan amalan demokrasi, sebaliknya kerajaan demokrasi sebenar harus memberi kelonggaran kepada rakyat menyuarakan bantahan.

Dengan menyatakan demikian, Hadi secara terang menyokong sistem demokrasi Amerika yang sebelum ini disifatkannya sebagai pincang dan menindas Islam di seluruh dunia.

Komen blogger:

Perkembangan pengaruh Eropah adalah tindakan yang berlaku secara sedar. Ia mempunyai justifikasi dan rasional yang dibentuk oleh sejarah, idea dan identiti dunia Kristian. Kesemua ini dipaparkan secara terang dan jelas dalam beberapa siri penyataan (Papal Bulls & Charters) yang memberi lesen kepada pengembaraan dan pelayaran di atas nama perkembangan tamadun, walaupun ia lebih berupa pengembaraan untuk merompak dan mencabul kedaulatan negara-negara lain. Inilah asas dan rasional yang kononya mensahihkan perkembangan pengaruh barat di serata dunia.

Sekali gus, tindakan barat pada zaman silam itu terukir sebagai ideologi yang kononya benar tanpa megambil kira tamadun-tamadun lain di dunia. Kesemuanya telah membawa kepada imperialisme dalam pelbagai samaran dan bentuk. Pendirian dan ideologi yang tertanam sejak ratusan tahun lalu kini diteruskan dalam bentuk apaa yang diperhatikan sebagai 'hyper-imperialism' Amerika pada hari ini.

Dan dalam konteks penyataan Hadi Awang mengenai ketamadunnan demokrasi ala Amerika, ia jelas membuktikan bahawa Hadi telah dipengaruhi minda imperialis Amerika.

Lembah Pantai : Mereka akan terus menghasut meracuni fikiran


 

Dipetik dari blog wefada

Baru-baru ini Bilik Gerakan Peti Undi Barisan Nasional Jalan Maarof P121/000/02 telah "dilawati" oleh seorang pemuda bernama "Lim" yang tidak mahu memberi butiran lanjut identiti dirinya dengan membawa cetakan artikel dari Laman Web Malaysia Kini.

Ketika ditanya samada dia sudah mendaftar , Lim menjawab "sudah" walaupun digesa menunjukkan bukti tersebut. Nyata sekali Lim rupanya seorang "pengecut" kerana takut mengenalkan diri sendiri. Dia yang mungkin dihantar dan dipergunakan oleh pihak tertentu, mahukan kepastian dari petugas di situ mengenai tulisan artikel yang bertarikh 21 Feb 2008 yang jelas sekali sekadar mahu mencetus provokasi di kalangan rakyat dan penduduk Lembah Pantai . Setelah diasak oleh petugas IT Puteri UMNO mengenai identitinya Lim akhirnya beredar begitu saja.

Dengan berfikiran cetek, Lim mempercayai tulisan berkenaan yang dengan jelas memanipulasi fakta dan berbentuk provokasi serta hasutan. Walaupun petugas berulang-kali menggesa Lim bertanya sendiri kepada penulis artikel itu akan bukti-bukti pertuduhan terhadap Dato' Sri Shahrizat, sebaliknya Lim meminta pihak petugas Bilik Gerakan BN pula memberikan bukti itu, dengan membebel Dato' Sri menyalah guna duit ibu-bapanya (cukailah tu)…itupun kalau benar ibu-bapanya ada membayar cukai…

Dengan dangkal, "Lim" menuduh Dato Sri memancing undi dengan memberi T-shirt dan topi di musim Pilihanraya…Jika inilah modal pembangkang, alangkah malangnya pengundi yang memilih mereka nanti kerana telah ketandusan modal menjatuhkan maruah parti BN serta calonnya.

"Lim" nyata sekali dibutakan oleh penulis tidak bertanggung-jawab meracun fikiran anak muda, dan sadisnya bila disoal pernah melayari laman web Kementerian Wanita beliau menjawab tidak.

Inilah bahananya jika rakyat hanya melayari dan membaca artikel dari perspektif pihak tak bertanggungjawab dan sentiasa tidak berpuas-hati…Mereka akan terus menulis dan menghasut meracuni fikiran pembaca terutama golongan muda yang tidak mendapat pendedahan sebenar peranan kerajaan BN selama ini.

Percaturan di Taiping: UMNO beri jalan...


 

Awal-awal lagi Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata kerusi Parlimen Taiping antara kerusi BN yang bermasalah.

Kerusi Parlimen Taiping berupa pertandingan satu lawan satu antara Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk M. Kayveas dan calon DAP.

Perebutan kerusi itu antara PPP dan Gerakan menjadi "perang" terbuka setelah diserahkan kepada PPP pada pilihan raya 2004 dan walaupun isu tersebut diselesaikan dengan Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe bertanding di kawasan Parlimen Gerik,  ia masih isu hangat.

Ketua Pemuda  DAP Perak Nga Kor Ming yang melawan Kayveas, bagaimanapun bukan calang-calang orang kerana dia antara jaguh parti itu di Perak setelah membuktikan "kehebatan" sebagai Adun Pantai Remis.

Banyak elemen yang menyebabkan pergeseran tetapi punca utama adalah masalah perebutan kerusi dan penerimaan parti komponen lain terhadap gaya presiden PPP itu yang dikatakan kurang disenangi kerana terlalu lantang dan "bongkak".

Taiping kubu kuat Gerakan sejak 1969 tetapi apabila ia diserahkan kepada PPP pada pilihan raya 2004, majoriti undi BN merosot malah jumlah undi dikutip calon DAP dan PKR dalam pertandingan tiga penjuru itu melebihi undi yang diterima Kayveas.

Semua kerusi DUN di Taiping pertembungan satu lawan satu antara BN dan PAS di Kamunting dan BN dan DAP di Aulong dan Pokok Assam.

Gerakan lega kerusi Taiping akan dikembalikan kepada mereka pada pilihan raya akan datang dan Ketua Wanitanya Tan Tan Lian Hoe akhirnya mendapat kerusi tetap tanpa perlu "menyusahkan" Umno yang terpaksa memberi laluan dengan menyerahkan Bukit Gantang pada 2004 dan Gerik pada kali ini.

Jumlah pengundi berdaftar di Taiping adalah 65,889  dan daripada jumlah itu, 50.29 peratus adalah pengundi Cina diikuti  Melayu (35.20 peratus ), India (13.33 peratus ) dan bangsa lain (1.17 peratus ).

Sharizat: Bukan calang orang yang boleh menjadi wakil rakyat di Lembah Pantai


 

"Bukan calang-calang orang boleh menjadi wakil rakyat di kawasan Lembah Pantai yang kini  sebahagian daripada metropolis Kuala Lumpur," kata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada ceramah kawasan Parlimen Lembah Pantai Isnin malam.

Shahrizat berkata BN teguh di Lembah Pantai kerana rekod baiknya dan wakil rakyat yang turun padang dalam membantu membangunkan taraf hidup penduduk dan kawasan itu.

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyakarat yang juga penyandang kerusi parlimen Lembah Pantai tiga penggal berturut-turut berkata, beliau memahami setiap keperluan penduduk setelah berkhidmat di kawasan itu sejak 1995.

Shahrizat bertekad mempertahankan kerusinya di Lembah Pantai dalam pertandingan dengan Nurul Izzah Anwar.

Beliau berkata Kerinchi dan Pantai Dalam yang dulunya kawasan setinggan telah berubah wajah apabila kerajaan membangunkan dan membina beberapa projek perumahan rakyat bagi menempatkan semula penduduk di kawasan tersebut.