Friday, February 22, 2008

TUNTUTAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA


Berikut adalah ringkasan Dokumen "PILIHANRAYA KE-12: TUNTUTAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA" PADA 20 FEBRUARI 2008 BERSAMAAN 13 SAFAR 1429H DI Bilik Perhentian, Aras 3, PWTC, KL


 

1. Mendaulatkan Islam Melalui Undang-Undang dan Pelaksanaannya

• Mempertegaskan peranan penting Islam dalam negara dan menolak tafsiran Malaysia sebagai sebuah negara sekular.

• Mendakwa mana-mana pihak yang mempersendakan Islam di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

• Mempertahan dan memperkasakan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dan kedudukan serta bidang kuasa Mahkamah Syariah.

• Menggubal dan mewartakan undang-undang menghalang kegiatan penyebaran agama bukan Islam di kalangan umat Islam di Sabah, Sarawak, Perlis, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, selaras dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

• Meningkatkan tahap keberkesanan dan profesionalisme agensiagensi Islam kerajaan dalam mendaulatkan Islam di Malaysia.

• Menggubal Akta Makanan dan Pemprosesan Halal bagi memperketatkan syarat dan penguatkuasaan perihal makanan halal.

• Mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan lesen perniagaan mana-mana majikan yang menyukarkan atau menghalang pekerjapekerja Islam daripada mengamalkan tuntutan-tuntutan Islam di tempat kerja.

2. Pendidikan dan Da'wah

• Menambah waktu pengajaran Islam di sekolah-sekolah rendah dan menengah kebangsaan.

• Menubuhkan Institusi-institusi pendidikan tinggi dan penyelidikan Islam bertaraf antarabangsa dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, teknologi dan pengurusan.

• Menjamin kebebasan intelektual dengan memberikan autonomi kepada universiti.

• Mengembalikan serta menambah bantuan perkapita kepada Sekolah-Sekolah Agama Rakyat (SAR) serta memberikan bantuan buku teks secara percuma kepada para pelajar SAR.

• Mengembalikan pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah-sekolah dalam Bahasa Melayu.

• Kementerian Pelajaran Malaysia memberi peluang kepada muridmurid cemerlang UPSR dan PMR dari sekolah-sekolah agama swasta untuk memasuki sekolah-sekolah berasrama penuh di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran dan MARA.

• Memberikan kemudahan biasiswa yang dinikmati oleh pelajarpelajar Melayu kepada pelajar-pelajar Islam yang bukan berketurunan Melayu.

• Menambah jumlah penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di kalangan pelajar-pelajar Islam/Melayu yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

• Menggesa Kementerian Pelajaran agar meneruskan amalan-amalan khusus Islam serta sambutan perayaan Islam di sekolah-sekolah.

• Memberi peruntukan khas kepada pertubuhan-pertubuhan Islam untuk melaksanakan usaha da'wah Islamiah.

• Kementerian Penerangan sentiasa peka dengan sensitiviti umat Islam dalam merangka dasar penyiaran dan mengutamakan program yang mampu membina masyarakat berakhlak mulia.

• Memperbanyakkan program-program berunsur pendidikan Islam dan moral di stesen-stesen televisyen kerajaan dan swasta.

• Menghentikan program-program hiburan yang mempromosi budaya hedonisme Barat.

• Stesen televisyen swasta perlu mendokong aspirasi Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam pemilihan program mereka.


 

3. Sistem Politik dan Tadbirurus yang Baik

• Meningkatkan usaha membanteras amalan rasuah dan salah guna kuasa di kalangan penjawat-penjawat awam.

• Melantik penjawat-penjawat awam dan pemimpin-pemimpin kanan kerajaan dari kalangan mereka yang terbukti bersih daripada amalan rasuah, salah guna kuasa dan salah laku moral.

• Meningkatkan penghayatan nilai-nilai Islam di kalangan kakitangan awam.

• Penjawat awam mengisytiharkan harta secara terbuka bagi menjamin ketelusan serta keyakinan masyarakat.

• Melantik senator dari kalangan pemimpin pertubuhan-pertubuhan Islam bagi membela kepentingan Islam.

4. Memperkasa Masyarakat Sivil dan Menjamin Amalan Demokrasi

• Memastikan pilihanraya benar-benar bersih, bebas dan adil.

• Memilih calon-calon pilihanraya dari kalangan mereka yang berintegriti, berkemampuan dan berpekerti mulia.

• Memastikan pemerintah melaksanakan kuasa berdasarkan prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

• Membuka ruang yang luas kepada institusi-institusi masyarakat sivil untuk berperanan aktif dalam proses pemerkasaan masyarakat dan pembangunan negara.


 

5. Hubungan Kaum dan Agama

• Mempertingkatkan komitmen terhadap keharmonian hubungan kaum dan agama.

• Menolak parti-parti politik dan pemimpin politik yang tidak sensitif dengan kedudukan istimewa Islam di Malaysia dan mereka yang mempromosi hak individu dan kebebasan beragama tanpa batas.

• Menguatkuasa dengan tegas peraturan membina rumah ibadat tanpa mengira agama.

• Memastikan pembinaan rumah-rumah ibadat mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat di samping mematuhi peruntukan undang-undang.

• Menubuhkan jawatankuasa yang dianggotai oleh wakil-wakil pertubuhan Islam dan pihak berkuasa tempatan untuk memperhalusi permohonan pembinaan rumah ibadat bukan Islam di kawasan majoriti Islam.


 

6. Akidah dan Moral

• Menolak faham pluralisme agama yang mendakwa bahawa semuaagama adalah sama dari segi kebenarannya.

• Menolak penggunaan perkataan-perkataan khusus seperti "Allah", "Ka'abah", "Baitullah" dan "Solat" untuk merujuk kepada konsepkonsep tertentu dalam agama bukan Islam.

• Menambah bilangan pegawai penguatkuasa agama dan meningkatkan tahap profesionalisme mereka dalam membanteras gejala maksiat dan salah laku moral.

• Melaksanakan undang-undang anti-maksiat yang sedia ada dengan tegas, telus dan berkesan.

No comments: