Thursday, December 27, 2007

Masyarakat India terima baik penjelasan MIC atas pelbagai isu


Masyarakat India menerima baik penjelasan barisan pemimpin Pemuda MIC berhubung pelbagai isu yang dibangkitkan sebuah kumpulan haram menerusi jelajah yang dibuat pergerakan itu sejak 20 Dis lalu.

Ketuanya S. A. Vigneswaran berkata sehingga kini pergerakan itu telah mengadakan jelajah ke lima negeri dan memberi penjelasan terhadap pelbagai dakwaan yang dibangkitkan kumpulan haram tersebut sebelum ini.

Katanya, "mereka menerima baik kedatangan kami dan mendengar penjelasan kami dan faham apa yang didakwa oleh kumpulan haram itu hanyalah dakyah politik untuk pancing undi."

Vigneswaran yang juga Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan berkata sehingga kini penjelasan menerusi jelajah itu telah diadakan di Selangor, Pahang, Pulau Pinang, Kedah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kempen itu katanya akan diadakan di tiga negeri lagi iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Beliau berkata semasa kempen itu pergerakan tersebut turut mengumpul maklumat daripada akar umbi bagi memudahkan MIC menyusun strategi bagi menghulurkan bantuan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi kaum India dengan lebih efektif.

No comments: