Thursday, December 6, 2007

Roslan Latif personaliti yang amat diperlukan di Lenggong


Saya amat tertarik dengan ucapan saudara Roslan Latif (orang Lenggong) semasa perhimpunan DAMAI Malaysia di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pagi tadi.

Saudara Roslan adalah di antara beberapa orang yang berucap pada perhimpunan pertama DAMAI Malaysia,iaitu sebuah gabungan lebih 400 NGO yang inginkan keamanan dan perpaduan di Malaysia.

Perkara-perkara yang disentuh Roslan mengingatkan rakyat Malaysia akan kepentingan perpaduan selain mengimbau asal usual susunan masyarakat selepas merdeka berdasarkan kontrak sosial yang dipersetujui kesemua kaum berpandukan keistimewaan orang Melayu.

Berdasarkan kandungan yang padat dan senang dihayati bagi menanagani sesuatu permasalahan, saya kira saudara Roslan Latif antara aset penting bagi kawasan pilihan raya Lenggong menjelang Pilihanraya Umum akan datang. Keperibadian, minda dan personaliti sebeginilah yang patut ada pada mana-mana tokoh bagi kawasan kita.

No comments: