Thursday, December 27, 2007

BPR: Laporan bangunan PTNP runtuh siap


Badan Pencegah Rasuah Perak telah menyiapkan laporan awal mengenai kejadian bangunan Perbadanan Taman Negeri Perak di Pulau Banding dekat Gerik yang runtuh pada 13 Nov lepas dan telah menghantarnya kepada ibu pejabat.

"Kita masih menunggu arahan dan maklumat balas daripada ibu pejabat," kata Pengarah BPR Perak Samsiah Abu Bakar kelmarin.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan sama ada BPR akan mengambil tindakan terhadap manamana pihak jika terdapat aspek penyelewengan dalam projek berkenaan.

BPR Perak telah menubuhkan pasukan khas yang bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya untuk menyiasat pelbagai aspek kejadian melibatkan bangunan dua tingkat bernilai RM4.5 juta itu.

Bangunan yang bakal menjadi pintu masuk ke Taman Negeri Royal Belum dan dibina di tebing Tasik Temenggor, runtuh dan ranap sepenuhnya pada 13 Nov lepas. Tiada kemalangan jiwa berlaku kerana bangunan itu belum diduduki. 

No comments: