Thursday, September 20, 2007

Siapakah binatang jalang yang melakukan itu?


Beberapa blog sebentar tadi memetik satu laporan BERNAMA berhubung pengesahan mayat kanak-kanak perempuan yang dijumpai di dalam beg sukan di PJ baru-baru ini.

Masih payah untuk saya mempercayai mayat anak perempuan yang dijumpai itu Nurin Jazlin Jazimin 8 tahun. Saya begitu memahami perasaan kedua-dua ibu bapa kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika mengunjungi pasar malam berhampiran rumahnya bulan lalu itu. Tiada apa-apa lagi yang dapat diperkatakan selain merenungkan tentang kadar jenayah ke atas kanak-kanak (dan jenayah-jenayah lain) di Malaysia semakin membimbangkan.

Sekiranya benar fakta dan hasil DNA yang disiasat polis, saya hanya mampu menghadiahkan al-fatihah untuk rohnya...