Friday, August 17, 2007

Raja Petra: Kalau kata Melayu bodoh, marah. Tapi kalau dah bodoh apa nak kata lagi? Bodoh tetap bodoh.


Terjemahan artikel Raja Petra Kamaruddin di Malaysia-Today, 17 Ogos, 2007
Dipetik dari blog PubliusMelayu

Walaupun kepala berasa begitu berat, aku terpaksa mengagahi untuk bangun pada pagi Rabu. Kepala berat bukananya disebabkan aku berfoya-foya minum-minum di malam sebelum nya. Aku masuk tidur pada malam Selasa dengan batuk dan lelah dan aku dah agak yang keesokan harinya aku akan mendapat selsema. Bagaimanapun, pagi Rabu pula Tun Dr Mahathir dijadual berucap kepada lebih kurang 100 blogger dan penulis. Jadi, mau tak mahu, aku terpaksa mengheret tubuh lesu ini ke Putrajaya untuk membuat rakaman video majlis tersebut.

Sebahagian besar tengah hari Rabu hingga ke awal pagi Khamis dihabis untuk menyiapkan video itu. Setelah habis memasukkan 21 bahagian video tersebut ke laman web Malaysia-Today, aku terus rebah dikatil and tidur dengan nyenyaknya. Aku bangun lewat petang untuk mengemaskini laman web dan kemudian kembali tidur. Terkilan jugak kerana aku terpaksa mengorbankan malam Khamis untuk melakukan semua ini.

Ekoran jadual yang begitu sibuk, sememangnya aku berada dalam mood yang kurang baik hari ini – apa lagi dengan batuk, bersin, hidung berair dan terpaksa miss malam Khamis. Dan apabila mood aku sebegini aku tidak akan menulis benda-benda yang elok. Aku akan bantai dan bantai dengan kuat. Dan hari ini aku nak bantai orang Melayu kerana bodoh sangat.

Isu yang begitu menaikkan darah aku ialah berhubung Wee Meng Chee, pelajar Malaysia di Taiwan yang mengolah-semula lagu Kebangsaan kepada format rap. Aku sebenarnya telah menonton video tersebut dan mendapati ia agak kreatif. Tapi jangan salah anggap, aku sememangnya tidak menyetujui atau menyokong perlakuannya itu. Aku kagum akan kepintaran seseorang pencuri intan-belian – dan dia aku kira dia pencuri intan-berlian terbaik di dunia.Tiada siapa dapat menyekatnya dan setakat ini dia tidak pernah hampir tertangkap. Bagaimanapun, walaupun pintar, dia masih seorang pencuri, tidak lebih daripada itu. Hanya yang perlu diperkatakan ialah dia yang terbaik dan sepatutnya dipuji.

Situasi yang sama juga membabitkan Meng Chee. Dia begitu pintar dan kreatif dan aku seharusnya mengakui usahanya mengolah-balik lagu Kebangsaan adalah sesuatu yang diaggap pandai. Bagaimanapun, dia tidak menyedari yang apa yang dilakukannya adalah sesuatu yang terlarang. Ia dua isu berlainan. Casanova mungkin boleh dinggap sebagai anugerah Tuhan kepada kaum wanita, tetapi walau apa sekali pun, dia masih seorang penzina dan apa yang dilakukannya adalah berdosa.

Yang aku memandang berat bukanlah sama ada Meng Chee melakukan sesuatu yang terlarang (walaupun pandai), tetapi sama ada semua mereka yang marah akan perlakuannya pernah melihat video tersebut. Ia sama seperti rusuhan-rusuhan yang berlaku di negara-negara Islam apabila kartun atau karikatur Nabi Muhammad mula muncul. Ramai yang merusuh dan ada juga yang mati dalam rusuhan-rusuhan itu tanpa melihat sendiri kartun dan karikatur berkenaan. Mereka hanya mendengarnya dan terus merusuh berdasarkan apa yang didengar, lantaran membunuh atau terbunuh.

Nazri, Azalina dan ramai lagi dalam UMNO dan Kabinet mahukan 'kepala' Meng Chee. Tetapi berapa ramaikah di antara mereka yang benar-benar menonton video Meng Chee itu? Apakah mereka memberikan reaksi berdasarkan apa yang didengar daripada orang lain atau apakah berdasarkan reaksi apabila sendiri menontonnya? Ia sama dengan Menteri dan pemimpin UMNO yang naik berang apabila artikel aku pada 11 Julai 2007 yang dikatakan telah memalukan Yang DiPertuan Agong dan Islam selain mengapi-apikan kebencian kaum. Jadi, apakah mereka semua hanya mengulangi dakwaan-dakwaan tersebut dan menggesa supaya tindakan diambil tehadap aku, Malaysia-Today, dan kesemua penulis blog, amnya.

Tetapi artikel yang manakah yang mereka maksudkan? Aku tidak menulis sebarang artikel pada 11 Julai 2007. Aku menulis pada 8 Julai 2007 dan sekali lagi pada 13 Julai 2007. Oleh itu, artikel manakah yang dimaksudkan oleh kesemua Menteri dan pemimpin UMNO itu? Itulah. Kalau kata Melayu bodoh, marah. Tapi kalau dah bodoh apa nak kata lagi? Bodoh tetap bodoh.

Situasi yang sama juga berlaku dengan video Meng Chee. Berapa ramaikah di antara yang mahu tindakan diambil ke atasnya menonton video tersebut? Dan bahagian mana video itu yang mereka menganggap sebagai salah? Kalau nak cakap sekurang-kurangnya tengok dulu baru bercakap. Orang bodoh saja yang bercakap sebelum siasat betul-betul.

Ok, perkara berikutnya. Orang-orang Melayu yang begitu pandai ini menjerit , berteriak dan berbuih mulut mempertahankan Islam Hadhari. Apakah Islam Hadhari? Apakah ia satu bentuk Islam yang bertentangan dan berbeza daripada Islam tradisional? Jika itu yang dimaksudkan aku sendiri ingin menolak Islam Hadhari kerana aku hanya mahu mengikuti Islam yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad kepada dunia. Tetapi jika Islam Hadhari sama dengan Islam yang dibawa oleh Nabi kita itu, aku sudi menerimanya.

Menurut Islam 'tradisional', terdapat beberapa undang-undang seperti Syariah, Qisas, Hudud dan lain-lain. Pada dasarnya, Hudud menguruskan perkara-perkara yang membabitkan tujuh jenayah serius dan apa bentuk hukuman yang perlu. Kita ambil satu daripada jenayah yang dimaksudkan, contohnya pemberontakan bersenjata menentang negara. Hukuman bagi jenayah itu amat berat. Bagaimanapun, jika seseorang itu meletakkan senjata, menyerah diri dan selanjutnya berikrar setia kepada negara, dia akan diampunkan. Di dalam Islam, konflik tidak seharusnya di panjangkan terhadap mereka yang telah berhenti memberontak. Hakikat ni terbukti dengan mengambil contoh Sayidina Ali Khalifah Keempat.

Dalam hal ini sememangnya kita berbicara tentang pemberontakan terhadap negara. Ini sememangnya penderhakaan. Ada yang menganggap pengolahan-semula lagu Kebangsaan sama seperti penderhakaan. Tetapi tahap serius pengolahan itu tidak mungkin melebihi pemberontakan bersenjata. Pemberontakan bersenjata membabitkan kehilangan nyawa dan harta-benda. Pengolahan-semula lagu Kebangsaan pula tidak membabitkan kematian atau kerugian harta-benda.

Hei, bukan aku yang membuat undang-undang ini. Tuhan yang membuatnya. Sekuran-kurangnya inilah apa yang sepatutnya dipercayai oleh orang Muslim. Jadi kalau ada yang tidak berasa senang, buatlah aduan kepada Tuhan apabila bertemu denganNya kelak. Dan percayalah, kau akan meninggalkan dunia ini dan berjumpa dengan mana-mana Pencipta yang kau mempercayai. Aku hanya mengingatkan semua Muslimin mengenai apa yang diajar oleh agama Islam. Islam berkata memang wujud Hudud – satu rang perundangan yang wajib. Islam yang mengatakan ini. Bukan aku. Dan apakah implikasinya jika kau menolak undang-undang Tuhan? Aku tak tahu. Bagaimanapun, para ulama berkata ini akan menjadikan kau kufur. Dan menurut ulama lagi, kufur mermaksud kafir. Dan erti kafir adalah mereka yang menolak dan enggan menyerah. Seorang Muslim ialah seorang yang menyerah dan seorang kafir ialah seorang yang menolak. Ini dikatakan oleh ulama-ulama dan aku tidak berani mengatakan yang para ulama itu telah hilang akal walhal mereka sepatutnya pakar dalam soal ini.

Jadi, soalan aku sekarang ialah: apakah Menteri-Menteri dan pemimpin UMNO mengatasi Tuhan? Apakah golongan yang mengaku diri sebagai Muslimin ini menolak apa yang telah diperintah oleh Tuhan? Tuhan berkata mereka yang memberontak menentang negara dan kemudian meletakkan senjata perlu diampuni. Bagaimanpun, Menteri dan pemimpin UMNO pula berkata mereka tidak akan mengampunkan seseorang yang telah mengolahkan semula lagu Kebangsaan, belum lagi seseorang yang melancarkan pemberontakan bersenjata terhadap negara. Apakah ini menjadikan Menteri dan pemimpin UMNO lebih tinggi daripada Tuhan?

Mungkin Wee Meng Chee telah melakukan satu kesalahan. Aku tidak akan menafikannya ataupun merestui tindakan tersebut. Apa yang kita perlu bertanya sekarang ialah sama ada apa yang dilakukannya begitu buruk hinggakan dia tidaak boleh dimaafkan? Islam yang dipimpin Nabi Muhammad berkata di bawah undang-undang Hudud yang paling serius (di mana Muslim dan bukan Muslim menolak kerana alasan mereka Hudud terlalu kejam), seseorang yang melancarkan pemberontakan menentang negara boleh diberi keampunan apabila dia meletakkan senjata dan berikrar setia kepada negaranya. Ini, menurut Islam, ialah apa yang diperturunkan oleh Tuhan. Dan siapakah kita untuk mengeluarkan arahan lain dan melaksanakan undang-undang yang melebihi Tuhan?

Orang Melayu bikin tak serupa cakap and cakap tak serupa bikin. Jika mereka mempercayai yang seseorang telah menghina Islam, orang Melayu akan menjadi lebih marah walaupun ini hanya satu tanggapan, walhal realitinya orang itu tidak pun menghina Islam. Orang Melayu mendakwa mereka bersedia mati utuk Islam dan akan mempertahankan kedaulatan Islam hingga ke titisan darah terakhir. Yelah tu, dan aku juga boleh mengatakan yang aku ini ayah saudara monyet. Tetapi orang Melayu ini jugalah yang tidak tahu apakah undang-undang yang diperturunkan Tuhan dan lantaran dengan senang hati mengada-adakan undang-undang dan peraturan sendiri bagi memenuhi keperluan politik mereka.

Kenapa PAS begitu sepi kini? PAS yang menggelar dirinya Parti Islam Malaysia, menjerit dan berteriak mengenai Hudud.Disebabkan inilah keseluruhan barisan campuran parti pembangkang menjadi kucar-kacir dan memperoleh keputusan yanag menyedihkan pada Pilihanraya Umum 2004. Kita memberitahu orang PAS supaya menutup mulut. Kita memberitahu mereka bahawa Hudud tidak dapat diterima oleh orang Muslim, apatah lagi bukan Muslim. Tetapi ini tidak dipedulikan oleh PAS. Tidak! Mereka mengatakan Hudud ialah undang-undang Tuhan dan mereka akan menegakkannya walaupun barisan gabungan pembangkang dimusnahkan dan pembangkang tersungkur pada pilihan raya umum. Akhirnya pembangkang betul-betul tersungkur pada 2004. Dan apakah PAS mengambil peduli hal ini? Tidak! Mereka hanya pentingkan Hudud.

Sekarang apa dah jadi dengan Hudud yang diperjuang dan dipertahankan PAS itu? Para pemimpin PAS berbuih di mulut seperti anjing gila, menjerit-jerit mengenai Hudud. Mengapa kita tidak lagi mendenegar PAS menjerit sekarang? Bukan saja tidak menjerit, mendengus pun tidak. Bukankah pemberontakan terhadap negara di antara tujuh kesalahan serius di bawah undang-undang Hudud? Bukankah undang-undang Hudud menggariskan bahawa apabila seseorang itu meletakkan senjata dan bertaubat dia sepatutnya diampunkan? Apakah jenayah yang dilakukan Meng Chee lebih teruk daripada pemberontakan bersenjata? Jika kita boleh mengampunkan seseorang yang telah melancarkan pemberontakan bersenjata kenapa pulak kita tidak dapat memaafkan seseorang yang mengolah-semula lagu Kebangsaan?

Hello...PAS!Kenapa diam sangat? PAS juga bikin tak serupa cakap and cakap tak serupa bikin.

Okay, sementara kita menunggu jawapan dari PAS, satu lagi perkara yang aku ingin timbulkan ialah bagaimana UMNO telah dengan pintarnya menggunakan isu lagu Kebangsaan bagi menarik perhatian orang ramai daripada isu-isu lebih serius yang menghantui negara. Serentak isu lagu Kebangsaan bermula, 20 orang mati dalam kemalangan bas sementara 29 lagi mengalami kecederaan serius. Kini telah terbukti syarikat bas berkenaan mempunyai 100 saman. Bagaimana pemandu bas, bas dan syarikat bas itu masih dibenarkan beroperasi? Menurut polis kesemua ini adalah disebabkan rasuah di pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ya, polis menuduh JPJ rasuah . Yang nyata, pada masa yang sama seorang pengarah JPJ diberkas kerana rasuah ketika berada di sebuah bilik hotel bersama teman wanitanya. Ttapi tidak seorang pun bercakap tentang hal ini.Meng Chee lebih penting. Lebih kurang 10,000 orang mati di jalanraya Malaysia setiap tahun kerana JPJ terlalu korup. Tetapi ini bukanlah satu isu. Lagu kebanagsaan dan seorang pelajar Cina di Taiwan lebih penting berbanding 10,000 nyawa rakyat Malaysia setiap tahun. Hello...PAS...dimana kau? Tidur lagi ke?

Seorang bekas Ketua Polis negara (KPN) berkata jika berpandukan cara hidup saja, hampir 40% pegawai polis boleh dianggap korup. Seorang bekas KPN memberitahu saya sekiranya mereka mahu membersihkan Polis DiRaja Malaysia, 90% anggota polis perlu dibuang kerja. Ini dijelaskan oleh seorang bekas KPN dan Timbalan KPN. Ini bukan saya yang kata. Mereka yang berkata demikian. Hello...rakyat Malaysia...pemimpin UMNO...PAS...kenapa diam sangat? Apakah ini tidak membimbangkan? Apakah Meng Chee lebih penting daripada ini?

Ya, apakah Meng Chee menjadi mangsa? Apakah mereka ingin mengaburi mata kita semua hinggakan kita tidak dapat melihat apa yang sebenarnya berlaku? Apakah 'krisis' Meng Chee ditimbulkan sebagai alasan bagi mengaburi mata rakyat Malaysia dan menarik perhatian mereka daripada isu-isu lebih nyata? Malaysia menghadapi masalah. Kita dihadapkan dengan masalah-masalah yang lebih serius. Negara kita dikendalikan secara auto-pilot. Kita mempunyai kerajaan yang terlalu korup. Kita mempunyai pemimpin yang hanya manis mulut tentang Islam dan tidak mahu benar-benar berkhidmat untuk Islam. Mereka tidak tahu pun apa itu Islam sebenarnya . Dan mereka yang tidak pernah memonton video Meng Chee mahukan darahnya. Perkara yang remeh ini dimainkan sepenuh-penuhnya supaya rakyat Malaysia akan menumpukan perhatian kepada isu ini dan bukan yang lebih serius.

Ok, meng Chee tersilap. Tetapi dia telah memohon maaf. Terima sajalah permohonan maafnya dan marilah kita melupakan ini dan maju ke hadapan. Jika dia melakukannya lagi kita dapatkan telurnya. Dan biarlah ini dijadikan pengajaran kepada semua rakyat Malaysia agar tidak melakukan yang sama. Dan sekarang apa kata kita kembali kepada isu-isu yang lebih penting? Negara kelam-kabut. Kerajaan kelam-kabut. UMNO kelam-kabut. Pembangkang kelam-kabut. Menghukum Meng Chee tidak akan merubah kesemua ini. Dan apabila difikirkan, apa yang dilagukan oleh Meng Chee dalam videonya itu tidak jauh daripada kebenaran.

Komen Blogger:

Berpandukan penulisannya di atas, terbukti Raja Petra jelas tidak mengerti kepentingan kedaulatan negara dan agama. Walaupun memang benar sebelum memberikan reaksi terhadap apa-apa isu sensitif kita perlu menyiasat habis-habisan, tetapi ada kalanya bukti terlalu ketara untuk diketepikan.

Jika menurutnya ada banyak perkara lebih penting selain isu video Meng Chee, apakah kita harus melupakan apa jua jenayah atau langkauan moral?

Jelas Raja Petra sebagai seorang yang mengaku dirinya begitu handal tidak mampu meneliti isu-isu dalam konteksnya sendiri selain meggabungkan semua dalam satu kategori.

No comments: