Thursday, May 17, 2007

Tajol membayangkan tidak ramai muka baru dalam UMNO Perak pilihanraya depan

Ketua Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali membayangkan tiada banyak perubahan dalam senarai calon UMNO bagi kerusi negeri dalam pilihanraya umum akan datang.

Menurut beliau penyusunan besar telah dilakukan pada pilihanraya umum yang lepas apabila 21 daripada 34 Ahli Undangan Negeri merupakan muka baru. Tajol berkata kesemua 13 ADUN yang selebihnya masih kuat, popular dan berpengaruh.

Tajol yang juga Menteri Besar Perak menyifatkan ADUN UMNO seperti pemain bolasepak dalam ertikata mereka mungkin malas menghadiri sesi latihan tetapi kedudukan mereka payah untuk digantikan kerana mereka pemain hebat semasa di padang. Dalam pada itu, beliau berkata, ada juga yang berlatih secara tekun tetapi tidak sehebat mana semasa di padang.

Tajol Rosli diminta mengulas samada ADUN UMNO Perak yang tidak aktif akan diganti pada pilihanraya umum akan datang.Beliau berkata demikian kelmarin semasa majlis pecah tanah bagi membina kompleks pejabat baru Lembaga Air Perak di Seri iskandar, 40km dari Ipoh.

Dipetik dari The Star (edisi utara) 17 Mei 2007

Komen Blogger: Saya rasa ada baiknya Tajol mengkaji semula pendirian berhubung perkara ini dalam konteks suasana politik UMNO yang semakin mencabar kini. Baik juga beliau meneliti di akar-umbi apa sebenarnya kriteria yang layak bagi sesorang calon menjelang musim pilihanraya akan datang.

Sejak kebelakangan ini tidak kurang ramai ahli yang menyuarakan ketidakberkesanan sebahagian besar daripada ADUN sedia ada. Penilaian mereka banyak berpandukan minda analitik mendalam berhubung iklim politik kawasan yang kini banyak mempengaruhi peringkat negeri dan nasional. Dalam pada itu ada juga banyak rungutan berhubung "connected-ness" ADUN dengan perubahan pesat teknologi (terutama ICT) serta pemikiran baru dalam UMNO itu sendiri.

No comments: