Thursday, May 17, 2007

Pendirian "Sexist" Ahli Parlimen: Mohon Maaf Sajalah!

Pertama, bukannya sesuatu yang meghina untuk meminta maaf daripada kaum wanita termasuk Ahli dari Batu Gajah, Fong Po Kuan yang dilaporkan menjadi sasaran pengucapan kata-kata "sexist" oleh Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar dan Ahli Parlimen Jasin Dato' Mohd Said Yusof.

Kedua, walau apapun percubaan untuk mencari dalih namun rakaman video di Parlimen jelas menunjukkan apa yang berlaku. Kedua-duanya ketara menghalakan kata-kata tersebut kepada Fong.

Ketiga, jika Dato'Nazri Aziz berkata media sengaja menggembar-gemburkan isu tersebut, kita cuba bertanya kepada beliau: "Apakah sanggup Bung Mokhtar dan Dato' Said mengeluarkan kata-kata demikian ketika berhadapan dengan mana-mana Raja?" Sudah tentu tidak mungkin. Oleh yang demikian jelaslah apa yang diucapkan oleh kedua-dua ahli itu sesuatu yang serius.

Ini bukan isu keperluan mengikut arus parti tetapi isu tata-susila/peradaban ahli Parlimen sebagai pemimpin rakyat. Meminta maaf secara "unequivocal" tidak mungkin menghakiskan keutuhan UMNO malahan boleh memberikan kesan lebih positif.

No comments: