Thursday, May 17, 2007

Kualiti air paksa Jabatan Perikanan memilih hanya 3 daerah

Daripada sembilan daerah di negeri Perak, hanya tiga layak dipilih oleh Jabatan Perikanan bagi projek menternak udang galah.

Menurut Menteri Besar Mohd Tajol Rosli daerah tersebut ialah Selama, Hulu Perak dan Batang Padang. Beliau berkata pada mulanya sejumlah 185 hektar kawasan menternak udang galah di sembilan daerah dikenalpasti. Bagaimanapun, disebabkan faktor kualiti air, hanya tiga daerah berkenaan didapati layak.

Tajol berkata usaha yang sama di Manong didapati tidak menggalakkan kerana kualiti air yang tidak sesuai. Beliau berkata kerajaan sedang menyiapkan kertas kerja bagi menjadikan Perak pengeluar utama udang galah.

Tajol berkata demikian ketika merasmikan kompleks pembiakan kolam udang galah di Kampung Kerian Gunung, Sungai Jernih, Ijok baru-baru ini.

Komen Blogger: Mungkin ada perlunya Tajol mempersoalkan kenapa kualiti air di negeri Perak semakin merosot. Sekarang kesan negatif terasa pada projek pembiakan udang galah, selepas ini apa pulak?

No comments: