Friday, May 18, 2007

"Bocor" : Dua Ahli Parlimen mohon maaf kepada semua wanita

Sehingga melarat tak pasal-pasal, isu "bocor" yang hangat dipertikaikan sejak kebelakangan ini nampaknya berakhir walaupun dikira mungkin masih ada pihak yang tidak berpuas hati.

Siang tadi Ahli Kinabatangan Bung Mokhtar Radin dan Ahli Parlimen Jasin Dato' Mohd Said Yusof memohon maaf kepada kesemua wanita.

Jika dilihat dari satu sudut yang praktikal,walaupun tidak memenuhi sepenuhnya kemahuan pihak yang terguris hati, saya kira cukuplah di situ saja. Banyak lagi isu yang memerlukan perhatian.

Bagi wanita dan perjuangan ke arah peradaban yang lebih mantap di kalangan Ahli Parlimen ketika di Dewan Rakyat, sekurang-kurangnya ia meningkat positif setakok lagi.

No comments: